Canalys: iPhone 11 Masih Lagi Telefon Pintar Paling Popular Digunakan Di Seluruh Dunia

Pada suku kedua tahun ini, Canalys telah mendedahkan iPhone 11 sebagai telefon pintar paling popular digunakan di seluruh dunia.

Ia telah dilancarkan pada November 2019 dan sehingga sekarang masih lagi mendapat tempat dalam kalangan majoriti pengguna telefon pintar di seluruh dunia.

Ini dibuktikan melalui data yang diperoleh juga melalui Canalys mencatatkan iPhone 11 masih kekal sebagai telefon pintar paling popular di seluruh dunia dengan 16 juta unit terjual.



Posisi kedua dipegang oleh iPhone SE (2020). Ini lebih menarik kerana ia hanya mula terjual mulai April. Ia hanya mengambil masa sekitar 6 bulan untuk memperoleh unit jualan sebanyak 10 juta.

Namun begitu, ia bersaing rapat dengan Samsung Galaxy A21s dengan jualan menghampiri unit yang sama.

Secara keseluruhan Samsung dan Xiaomi mendominasi jenama telefon popular dengan model Galaxy A21s, Galaxy A11, Galaxy A51, Galaxy A31, Galaxy A01 Core, Redmi Note 9 / Redmi Note 10x 4G, Redmi 9, dan Redmi 9A.

Perlu diberi perhatian kesemua model Samsung dan Xiaomi merupakan model dari kelas permulaan dan pertengahan. Jika diperhatikan, posisi iPhone 11 agak unik dalam carta kerana ia adalah telefon yang paling mahal namun dalam masa yang sama adalah yang paling banyak terjual.

Kapsyen: Apple iPhone 11


Data ini hanya diperoleh dari Jun, jadi masih banyak model telefon pintar yang belum dianalisis termasuklah iPhone 12.

Sumber: Canalys