Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 11 Mempunyai Hayat Bateri Yang Bagus, Tapi Apple Tetap Akan Keluarkan Smart Battery Case

iPhone 11 Mempunyai Hayat Bateri Yang Bagus, Tapi Apple Tetap Akan Keluarkan Smart Battery Case

Diterbitkan Oktober 31, 2019 · Dikemas kini Oktober 31, 2019 oleh Meor Hasyim

Smart Battery Case merupakan kerangka rasmi keluaran Apple yang bertindak sebagai powerbank. Untuk setiap keluaran iPhone, Apple akan menjual kerangka ini sebagai aksesori tambahan pengguna untuk meningkatkan lagi ketahanan hayat bateri.

Untuk iPhone 11, iPhone 11 Pro, dan iPhone 11 Pro Max, ia tidak terkecuali. Menurut 9to5Mac, terdapat foto yang merujuk kepada Smart Battery Case dengan bonjolan kamera petak. Tidak lain, tidak bukan, ia adalah kerangka untuk siri iPhone 11. Foto itu diperolehi melalui kod dalam iOS 13.2 yang baru sahaja dilepaskan sebelum ini.

iPhone 11 Mempunyai Hayat Bateri Yang Bagus, Tapi Apple Tetap Akan Keluarkan Smart Battery Case
Gambar: 9to5Mac

Siri iPhone 11 tahun ini mempunyai hayat bateri yang sangat bagus kerana kapasiti bateri yang telah dibesarkan berbanding model-model sebelumnya. Dengan kewujudan kerangka ini, ia boleh meningkatkan lagi ketahanan baterinya. Jika anda pengguna siri iPhone 11, adakah pembelian sebuah kerangka Smart Battery ini berbaloi?

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY