Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tetikus Tanpa Wayar G Pro Diperkenalkan Logitech Dengan Harga RM 699

Tetikus Tanpa Wayar G Pro Diperkenalkan Logitech Dengan Harga RM 699

Diterbitkan Ogos 26, 2018 oleh Helmi Samsuri

Tempoh hari Logitech telah memperkenalkan sebuah tetikus yang direka khas untuk permainan e-Sukan, G Pro Wireless Gaming.

Semua sudah maklum bahawa kebanyakkan pemain permainan video lebih menggemari tetikus berwayar kerana prestasinya lebih baik berbanding tanpa wayar.

Namun itu bukanlah penghalang kepada Logitech untuk menghadirkan sebuah tetikus tanpa wayar, disasarkan untuk golongan profesional dalam permainan video.Tetikus Tanpa Wayar G Pro Diperkenalkan Logitech Dengan Harga RM 699

Tampil dengan teknologi sensor HERO (high efficiency rated optical) dengan tahap kepekaan 16,000 DPI mampu memberikan pengalaman permainan yang terbaik.

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sambung Lightspeed Wireless yang boleh mengurangkan masalah lag ketika proses menghantar input ke komputer.

Dikatakan Logitech mengambil masa selama dua tahun untuk membangunkan model ini disamping bekerjasama dengan lebih dari 50 pemain video profesional.

Tetikus Tanpa Wayar G Pro Diperkenalkan Logitech Dengan Harga RM 699

Menyerikan lagi adalah tren sistem pencahayaan RGB menerusi sistem LightSync RGB.

Pengecasan penuh mampu memberikan kuasa kepada tetikus dalam tempoh 48 jam dan disokong pengecasan tanpa wayar tetapi ia turut disertakan dengan kabel pengecas dari dalam kotak.

Bakal dijual pada harga RM699, ia sudah ditawarkan disemua peruncit dan pengedar sah Logitech.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Kapal Angkasa Apeiron, Bakal Bawa Pelancong Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
©2026 WISER.MY