Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LA Times Tesla

Tesla Panggil Semula Lebih 321,000 Unit Model 3 Dan Model Y

Diterbitkan November 21, 2022 oleh Amalina Athman

Tesla kini dilapor telah memanggil semula lebih 321,000 kenderaan kerana masalah perisian yang menyebabkan lampu belakang pada beberapa kereta menyala dengan tidak betul. Melalui pemfailan Pentadbiran Keselamatan Lalu Lintas Lebuhraya Kebangsaan Amerika Syarikat (NHTSA), penarikan balik itu meliputi kenderaan Model 3 2023 dan Model Y 2020 hingga 2023, di negara itu.

Berkaitan

  • Elon Musk Dedah Steam Akan Ada Pada Tesla Tak Lama Lagi
  • Sistem Tingkap Kuasa Gagal Patuhi Piawaian Keselamatan, Lebih Sejuta Unit Tesla Dipanggil Semula

Menurut The Verge, Tesla menjelaskan lampu belakang pada satu atau kedua-dua sisi kenderaan mungkin “bercahaya sekejap-sekejap”, berikutan isu “yang boleh menyebabkan pengesanan kesalahan palsu semasa proses bangun kenderaan.”

model 3
Model 3
model y
Model Y

NHTSA mengatakan keadaan itu boleh meningkatkan risiko perlanggaran dalam keadaan gelap, namun Tesla sebaliknya memaklumkan tidak menerima sebarang laporan kecederaan atau kemalangan yang berkaitan dengan masalah berkenaan. Seperti kebanyakan kenderaan Tesla yang dipanggil semula (selain yang menjejaskan tali pinggang keledar Model 3), syarikat itu menangani isu berkenaan dengan kemas kini perisian secara over-the-air (OTA).

Untuk rekod, ini merupakan kali ke-19 Tesla memanggil semula kenderaannya pada tahun ini.

Gambar utama: Los Angeles Times

Sumber: The Verge

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY