Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tesla Mencabar Penggodam Mencari Pepijat Pada Model 3

Tesla Mencabar Penggodam Mencari Pepijat Pada Model 3

Diterbitkan Januari 16, 2020 oleh ariff bukhari

Penggodam akan menerima ganjaran sehingga USD1 juta dan sebuah kereta Tesla jika berjaya.

Pengeluar kereta elektrik terkemuka, Tesla telah mencabar para penggodam bagi mencari sebarang kecacatan yang ada pada rangkaian ciri keselamatan kereta keluaran mereka.

Cabaran tersebut dibuka menerusi pertandingan penggodaman “Pwn20wn” yang akan berlangsung dalam bulan Mac nanti di Vancouver, Canada.

Tesla mengumumkan mereka akan kembali dalam pertandingan itu dengan menawarkan wang ganjaran sehingga USD1 juta dan sebuah kereta Tesla Model 3 kepada penggodam yang berjaya menggodam rangkaian sistem kenderaan keluaran mereka.

Tesla Mencabar Penggodam Mencari Pepijat Pada Model 3
Bahagian penggodaman yang dibuka serta ganjaran yang akan diterima oleh peserta yang berjaya menggodam sistem kenderaan Tesla. Kredit: Zero Day Initiative

Pada tahun lalu, sekumpulan penggodam telah pun berjaya menggodam sistem info dan hiburan yang terdapat di dalam Tesla Model 3.

Pasukan penggodam yang dikenali sebagaiĀ Fluoroacetate itu telah menerima wang ganjaran sebanyak USD35,000 dan sebuah kereta Tesla Model 3.

Sumber: Live Mint

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Penyelidik Korea Selatan Dakwa, Straw Kertas Tidak Lebih Mesra Alam Berbanding Straw Plastik
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
  • Agoda Kini Ada Pembantu AI Untuk Bantu Rancang Percutian, Buat Tempahan
  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
©2026 WISER.MY