Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tesla

Tesla Buka Kedai Baru Di Xinjiang Sejurus AS Gesa China Henti Genosid

Diterbitkan Januari 4, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Isu berkaitan bukanlah perkara kecil kerana ia bukan sahaja mengenai genosid tetapi juga pengerahan tenaga buruh untuk jenama besar. Minggu lalu, kami telah laporkan bahawa Intel memohon maaf pada China selepas menuntut pembekal mereka untukĀ tidak menggunakan buruh dan produk daripada Xinjiang.

Joe Biden selaku Presiden Amerika Syarikat juga telah menandatanganiĀ Akta Pencegahan Buruh Paksa Uyghur Disember lepas. Setiausaha A.S. pula dalam kenyataannya menggesa kerajaan China untuk segera menamatkan genosid dan jenayah kemanusiaan terhadap penduduk beragama Islam di Ughyur dan etnik lain di Xinjiang.

Terbaru, Tesla di laman Weibo telah mengumumkan pembukaan bilik pameran baru mereka di ibu kota Xinjiang iaitu Urumqi. Sebagai pusat Tesla pertama di Xinjiang, kedai itu menjadi pusat sehenti yang mengintegrasikan jualan, perkhidmatan selepas jualan dan penghantaran.

tesla weibo post

Ini bukan kali pertama Tesla membuka premis miliknya di sana. Mereka sudah mempunyai kira-kira 30 stor di seluruh China dan kilang pertama di Shanghai menjadi pemangkin peningkatan jualan kereta Tesla. Sejak itu, Elon Musk memuji-muji China dan nampaknya hingga sekarang mengekalkan hubungan baik mereka.

tesla weibo 2

Sumber: Business Insider

Baca juga:

  • iPhone 14 Mungkin Hadir Dengan Storan Serendah 64GB
  • Dijangka Apple Buang Slot Kad SIM Secepat Mungkin, Ganti Dengan eSIM
  • iPhone 14 Pro Mungkin Ada RAM Yang Besar Tapi Tak Sebesar Peranti Android

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY