Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 13 – 1 (1)

iPhone 14 Mungkin Hadir Dengan Storan Serendah 64GB

Diterbitkan Januari 3, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Tahun baru, 2022 sudah menjelang dan ini bermakna barisan telefon andalan daripada setiap jenama telah mula dibangunkan.

September akan menjadi bulan tumpuan Apple yang mana kelazimannya generasi iPhone baru akan dilancarkan sekitar waktu tersebut. Berdasarkan beberapa sumber, Apple akan melancarkan 4 model untuk siri iPhone 14 iaitu iPhone 14, iPhone 14 Max, iPhone 14 Pro dan iPhone 14 Pro Max.

Tidak pelik jika model-model ini hadir dengan storan maksimum 2TB namun juruanalisis, Jeff Pu melaporkan iPhone 14 akan bermula dengan storan sebesar 64GB. Ura-ura ini kedengaran agak tidak masuk akal kerana ia sangat tidak relevan dengan penggunaan media waktu ini dan kemampuan iPhone merakam video beresolusi tinggi.

Dalam pada itu, Jeff Pu juga mengatakan model Pro akan dilengkapkan dengan RAM sebesarĀ 8GB dan ini sememangnya tidak janggal kerana iPhone 13 Pro sudah menjangkau RAM sebesar 6GB.

Kalau kita imbas kembali kepada penawaran iPhone 13, model asas bermula dengan storan 128GB tetapi harga pengenalannya sama seperti iPhone 12 64GB.Ā Bagaimanapun, ini hanyalah khabar angin awal maka kesahihannya wajar untuk diragukan. Jika benar sekalipun Apple akan meletakkan storan serendah 64GB, ia mungkin dipengaruhi faktor berkaitan bekalan cip mahupun strategi pemasaran Apple, nak Ā storan besar, bayar lebih.

 

Sumber:

Baca juga:

  • iPhone 14 Pro Mungkin Ada RAM Yang Besar Tapi Tak Sebesar Peranti Android
  • Dijangka Apple Buang Slot Kad SIM Secepat Mungkin, Ganti Dengan eSIM
  • Apple Tak Banyak Telefon 5G, Tapi Masih Pegang Majoriti Jualan Telefon 5G

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY