Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Intel Reports Quarterly Earnings

Intel Mohon Maaf Pada Kerajaan China Berkaitan Isu Xinjiang

Diterbitkan Disember 24, 2021 oleh Aminuddin Ahmad

Isu buruk paksa penduduk Islam di Xinjiang telah lama timbul. Pelbagai pihak telah mendedahkan perkara ini dan beberapa jenama seperti Nike juga terpalit dalam kontroversi ini. Kerajaan China bagaimanapun menafikan semua tuduhan negatif terhadap negara mereka.

Intel sebelum ini mengeluarkan surat yang menuntut pembekal mereka untuk tidak menggunakan buruh dan produk daripada Xinjiang, berikutan sekatan daripada “beberapa kerajaan”.

Terbaru, Intel telah memohon maaf pada kerajaan China berkaitan surat tersebut selepas menerima pelbagai reaksi negatif dari tanah besar tersebut. Beberapa pihak menggesa boikot dikenakan terhadap syarikat pengeluar cip tersebut.

Xinjiang ialah wilayah yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam dan banyak media telah melaporkan berkenaan pencabulan hak manusia oleh kerajaan China terhadap penduduk di sana.

Kenyataan tersebut dikeluarkan dalam bahasa Cina melalui akaun rasmi Intel di WeChat dan Weibo. Intel menekankan bahawa pendirian berkaitan Xinjiang adalah komitmen mereka dengan undang-undang Amerika Syarikat dan bukanlah mencerminkan kedudukan mereka dalam isu tesebut.

Salah sebuah kementerian China berkata tuduhan mengenai buruh paksa di Xinjiang adalah penipuan yang disebabkan sentimen anti-China.

Sumber: BBC

Baca juga:

  • Ada Dokumen Dakwa Huawei Terlibat Dengan Pengawasan Kerajaan China
  • 7 Pembekal Apple Di China Didakwa Ada Kaitan Dengan Program Buruh Paksa Umat Islam Uyghur
  • Pembekal Teknologi Lensa iPhone Guna Buruh Uighur Secara Paksa

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY