Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

iPhone 14 Pro Mungkin Ada RAM Yang Besar Tapi Tak Sebesar Peranti Android

Posted on Disember 27, 2021

Bila bercakap tentang telefon pintar daripada Apple, jarang sekali kita dengar penggunanya memerhati spesifikasi dalaman melainkan kapasiti bateri atau cip pemprosesannya.

Buat pengetahuan, barisan model iPhone sejak dahulu lagi tidak hadir dengan jumlah RAM yang banyak. Model terbaru mereka pun hanya ditawarkan dalam 4GB RAM sahaja.

Tidak seperti telefon pintar Android, 4GB RAM itu adalah untuk pasaran peranti kelas permulaan berbanding yang sama taraf iPhone, iaitu kelas andalan sudah menjangkau 20GB RAM.

Oleh itu, berdasarkan laporan Haitong International Securities, mereka menjangkakan iPhone 14 versi Pro bakal dilengkapi memori sebesar 8GB RAM. Ini sebenarnya peningkatan yang ketara jika nak dibandingkan model iPhone terdahulu.

Bagaimanapun, iPhone 14 versi standard pula tidak akan ditawarkan memori sebesar itu. Maknanya, model ini hanya hadir dengan RAM di bawah 8GB.

Dalam perkembangan lain, mereka turut mendakwa iPhone 14 mungkin mengembalikan penawaran storan 64GB. Sekiranya benar, perkara ini tidak sepatutnya terjadi kerana storan iPhone 13 pun bermula 128GB. Malah, ruang storan dalaman 64GB pada masa sekarang adalah tidak relevan.

Sumber: macrumors

Baca juga:

  • Beli Laptop Percuma Printer

  • Samsung Dan LG Dilapor Sedia Bekalkan Paparan Berlubang Untuk iPhone 14

  • Bukan Telefon Boleh Lipat Tapi iPhone 15 Mungkin Ada Kamera Berlipat

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress