Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple Akan Baiki Masalah Pembesar Suara iPhone 12 & 12 Pro Secara Percuma

Dijangka Apple Buang Slot Kad SIM Secepat Mungkin, Ganti Dengan eSIM

Diterbitkan Disember 29, 2021 oleh Amsyar Latif

Makin lama, makin banyak yang hilang. Itulah yang berlaku terhadap peranti popular iPhone. Mula-mula membuang bicu audio 3.5mm, kemudian mengeluarkan pengecas daripada kotak dan baru-baru ini terdapat desas-desus mendakwa slot kad SIM pula ‘hilang’.

Sebelum ini, Apple dijangka untuk membuang slot kad SIM daripada iPhone pada tahun 2023. Namun, khabar angin yang masih segar mengatakan kita bakal lihat perubahan itu lebih cepat.

Menurut @dylandkt, beliau bersetuju dengan ura-ura Apple bakal membuang slot kad SIM dan ia diramalkan akan tiba pada tahun 2022. Bermakna, mungkin iPhone 14 yang dimaksudkan itu.

https://twitter.com/dylandkt/status/1475524776684892167?s=20

Apabila slot kad SIM itu sudah tiada, peranti iPhone bakal menggunakan eSIM sepenuhnya bagi rangkaian komunikasi. Malah, tidak pelik kerana model iPhone terbaru pun sudah menyokong eSIM.

Dalam pada itu, terdapat juga dokumen yang mendakwa menyuruh beberapa pengendali rangkaian telekomunikasi Amerika Syarikat untuk bersedia dengan eSIM.

Biarpun @dylandkt mempunyai rekod yang baik dalam mendedahkan maklumat, tetapi ia masih lagi spekulasi. Namun, jika benar Apple berbuat demikian, berkemungkinan besar jenama lain mengikutinya nanti.

Sumber: macrumors

Baca juga:

  • Kenali Teknologi eSIM Dan Kelebihan Yang Terdapat Padanya

  • Ini Telefon Yang Menyokong 5G Di Malaysia Buat Masa Sekarang

  • Apple Tak Banyak Telefon 5G, Tapi Masih Pegang Majoriti Jualan Telefon 5G

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY