MyEG Services Berhad telah memperkenalkan kit ujian rapid Covid-19 di Malaysia dan Filipina. Menurut MyEG, kit ujian ini dihasilkan oleh sebuah syarikat yang diluluskan pihak kesihatan China. Pengujian Covid-19 yang dilakukan dengan kit ini menggunakan kaedah pengesanan kualitatif wabak melalui sampel darah yang boleh diambil melalui jari.
Kit ujian darah ini direka untuk mengesan antibodi COVID-19 yang akan muncul dalam masa 3-7 hari jangkitan dan boleh digunakan sebagai pengesanan awal. MyEG turut menyatakan bacaan keputusan ujian ini boleh diterima dalam tempoh 30 minit.
Pada masa ini, myEG masih menunggu kelulusan pihak berkuasa tempatan untuk menggunakan kit ini dan tempahan boleh dilakukan melalui portal dalam talian MyEG. Kit ujian ini ditawarkan pada harga RM99 setiap satu, namun dijual secara pek dimana setiap pek mengandungi 10 kit ujian. Penghantaran akan dilakukan dalam tempoh 14 hari setelah bayaran penuh dilakukan.
Berkaitan
- Samsung Galaxy A04s Rasmi Di Malaysia - Kamera 50MP, Harga Bawah RM700
- Hati-Hati, Ini Antara Modus Operandi Yang Digunakan Oleh 'Scammer'
- Laman Web Maybank2U Sedang Mengalami Gangguan Perkhidmatan Sementara
- Tiga Beradik Daki Bukit 20 Minit Untuk Dapatkan Akses Internet
- Google Lancar Nearby Share Untuk Peranti Android, Hadir Dengan Fungsi Seperti AirDrop
- Samsung Umum ISOCELL HPX, Sensor Kamera 200MP
- Hentikan Pekerja Besar-Besaran Tanpa Notis Awal, Twitter Disaman
- Moto Razr 2022 Dan X30 Pro Mungkin Dilancar Minggu Depan
- WhatsApp Uji Ciri Pelekat Animasi Avatar
- Perbualan Lebih Privasi, WhatsApp Lancar Ciri "Chat Lock"