{suggest}
Berikutan itu, pihak kementerian, perbankan serta agensi terlibat telah mengambil pelbagai langkah bagi mendedahkan lebih banyak maklumat kepada orang awam mengenai penipuan kewangan dalam talian, termasuk modus operandi yang digunakan oleh mereka.
Modus Operandi
Mengikut Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Polis Diraja Malaysia, berikut merupakan modus operandi yang digunakan oleh penipu dalam talian untuk memperdaya mangsa.
1. Mangsa melihat iklan jualan barangan atau perkhidmatan dengan harga murah di media sosial.
2. Seterusnya, menghubungi suspek melalui WhatsApp dan tidak berjumpa.
3. Suspek meminta mangsa muat turun dan install aplikasi telefon bimbit (APK file) melalui pautan yang diberikan untuk membuat pembelian.
4. Kemudian, mangsa masuk ke laman web perbankan (website palsu) dan mengisi butiran akaun bank atau kad kredit melalui aplikasi tersebut.
5. Page error akan terpapar. Tanpa mangsa sedari, wang dalam akaun bank mangsa dipindahkan ke akaun yang tidak dikenali, oleh suspek.
Bagaimana penipu dalam talian mendapat butiran perbankan?
1. Melalui phishing. Phishing merupakan penghantaran e-mel dengan pautan laman web palsu yang kelihatan sama seperti laman web perbankan asli. Teknik ini juga akan merekod semua maklumat peribadi yang diisi ketika cuba mengakses laman web palsu tersebut.
2. Scammer berjaya memintas akses SMS di telefon bimbit mangsa melalui fail APK yang dipasang oleh mangsa.
3. Akhir sekali, scammer berjaya mendapatkan nombor OTP/TAC yang dihantar kepada mangsa melalui SMS.
Saranan
Sebagai saranan, pengguna dinasihatkan untuk melakukan urusan jual beli dari platform yang dipercayai dan mempunyai ciri keselamatan. Selain itu, disarankan untuk tidak memuat turun aplikasi telefon bimbit yang dihantar oleh individu yang tidak dikenali serta tidak memasang aplikasi dari sumber tidak sah.
Sebagai tambahan, jangan memasukkan butiran perbankan jika mendapati laman web yang mencurigakan.
Pengguna juga boleh menghubungi CCID Scam Response Center di talian 03-2610 1599/1559 jika mendapati aktiviti mencurigakan pada akaun bank.
Sumber: Amaran Scam
Berkaitan
- Sony Xperia 1 II Akan Dilancarkan Di Malaysia November Ini
- MCMC: Akses WiFi Percuma Dengan Kelajuan 35Mbps Bakal Dinikmati Menjelang Oktober 2021
- Belanjawan 2021: Teks Ucapan Pembentangan Belanjawan 2021 Diedarkan Secara Digital
- realme 7 Dan 7 Pro Akan Dilancarkan Di Malaysia 24 September Ini
- Lebih 300,000 Peranti Terjejas Dengan Perisian Hasad Android, Termasuk Di Malaysia
- Sony Naikkan Harga PS5 Di Pasaran Tertentu, Berkuat Kuasa Serta-Merta
- OnePlus 11 Dilancarkan - SD 8 Gen 2, Pengecasan 100W Dan Bonggol Kamera 'Lohong Hitam'
- Apple Umum iPad Pro Baharu - Cip M2, Harga Bermula RM3,899
- Daftar Kad Sim Tanpa Pengesahan, Sebanyak RM750,000 Kompaun Dikeluarkan Kepada Syarikat Telco
- Kapasiti Bateri Empat Model iPhone 14 Didedahkan, Ini Senarainya