Terdapat lebih daripada 1,600 laporan ke atas 6 aplikasi sembang sosial popular yang ditawarkan di App Store.
Washington Post telah melaporkan terdapatnya elemen aktiviti seksual di dalam aplikasi sembang sosial popular yang ditawarkan kepada pengguna peranti iOS.
Ia berdasarkan analisis terhadap lebih daripada 1,600 aduan yang dibuat ke atas 6 aplikasi popular yang ada ditawarkan di Apple App Store iaitu Monkey, Yubo, ChatLive, Chat for Strangers, Skout dan Holla.
Dalam laporan yang bertajuk "Apple says its App Store is ‘a safe and trusted place.’ We found 1,500 reports of unwanted sexual behavior on six apps, some targeting minors oleh Washington Post itu mendakwa, terdapat juga aktiviti seksual yang menyasarkan kanak-kanak sebagai mangsa mereka.
Berikutan pendedahan itu, pihak Apple telah memberikan respon dengan menyatakan mereka akan mengambil tindakan segera ke atas aplikasi-aplikasi yang didakwa menyalahi terma dan syarat yang telah ditetapkan.
“We created the App Store to be a safe and trusted place for our customers to get apps and we take all reports of inappropriate or illegal contact extremely seriously. If the purpose of these apps is not inappropriate, we want to give developers a chance to ensure they are properly complying with the rules, but we don’t hesitate to remove them from the App Store if they don’t.” Apple.
Apple memberitahu, mereka meneliti lebih daripada 100,000 aplikasi setiap minggu menerusi pengguna perisian dan tenaga manusia.
Berkaitan
- WhatsApp Tawar Pek Pelekat Avatar Baharu Untuk iOS Dan Android
- Buang Segera 11 Aplikasi Android Ini Kerana Telah Dijangkiti Perisian Hasad Joker
- Apple Memohon Maaf Kerana Mendengar Rakaman Siri
- 'Saluran WhatsApp' Kini Diguna Lebih 500 Juta Pengguna Aktif Setiap Bulan
- Kecacatan Ciri Keselamatan macOS Menyebabkan Sebarang Kod Aplikasi Boleh Dijalankan Tanpa Kebenaran Pengguna
- Ini Cara Sembunyikan Aplikasi Dalam Telefon Pintar Android
- Aplikasi Permainan "King Of Fighters For Girls" Kini Ditawarkan Di Play Store Dan App Store
- Apple Menaik Taraf Perkakasan Dan Menurunkan Harga Macbook Air & Macbook Pro 13" 2019
- Bagaimana WhatsApp Menjana Duit Dari Servis Permesejan Percuma?
- Apple Didenda Sebanyak 25 Juta Euro Oleh Perancis Kerana Memperlahankan Prestasi iPhone