Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cip Apple A12X Menandakan Permulaan Era MacBook Dengan Cip ARM Pada Masa Akan Datang?

Apple Menaik Taraf Perkakasan Dan Menurunkan Harga Macbook Air & Macbook Pro 13″ 2019

Diterbitkan Julai 10, 2019 · Dikemas kini Julai 10, 2019 oleh ariff bukhari

Apple juga tidak lagi menawarkan model Macbook 12″.

Apple hari ini mengumumkan mereka menurunkan harga Macbook Air 2019 sebanyak RM550.

Jika sebelum ini harganya bermula dari RM5249.00, tetapi bermula dari hari ini, harga Macbook Air terbaru adalah berharga dari RM4699.00 sahaja.

Apple Menaik Taraf Perkakasan Dan Menurunkan Harga Macbook Air & Macbook Pro 13″ 2019

Selain menurunkan harga MBA, Apple turut melengkapi teknologi True Tone pada paparan retina 13.3″ MBA. Sebelum ini hanya skrin bagi model Macbook Pro sahaja yang dilengkapi dengan teknologi tersebut.

Macbook Pro

Bagi model Macbook Pro pula, Apple tidak lagi menawarkan model Macbook Pro 13″ tanpa panel Touch Bar. Hanya model MBP dengan panel Touch Bar sahaja ditawarkan di laman Apple Store.

Apple Bakal Menaik Taraf Macbook Pro 13″ Keluaran 2017
Tiada lagi model MBP 13″ tanpa Touch Bar.

Malah harga Macbook Pro 13″ juga diturunkan harganya. Jika sebelum ini harga permulaan bagi model MBP 13″ tanpa panel Touch Bar bermula dari RM5932.00, tetapi kini MBP 13″ dengan panel Touch Bar hanya berharga dari RM5499.00 sahaja.

Tidak setakat itu, cip grafik MBP 13″ turut dinaik taraf kepada Intel Iris Plus Graphics 645 serta kini dilengkapi dengan cip pemprosesan Intel Core i5 1.4GHz Quad Core generasi ke-8.

Walaubagaimanapun, bagi anda yang mungkin masih ingin membeli model MBP 13″ tanpa Touch Bar, anda masih boleh membelinya di pusat jualan rasmi Apple di seluruh Malaysia, selagi stok masih ada.

Macbook

Mac Bukan Bermaksud Lebih Selamat Berbanding Windows, Cuma Mereka Jarang Diserang

Manakala bagi model Macbook pula, Apple tidak lagi menawarkan model tersebut di laman Apple Store. Tetapi ia mungkin masih ditawarkan di pusat jualan rasmi Apple di seluruh Malaysia, selagi stok masih ada.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY