Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Aplikasi Permainan “King Of Fighters For Girls” Kini Ditawarkan Di Play Store Dan App Store

Aplikasi Permainan “King Of Fighters For Girls” Kini Ditawarkan Di Play Store Dan App Store

Diterbitkan November 11, 2019 · Dikemas kini November 11, 2019 oleh ariff bukhari

K.O.F untuk orang perempuan.

Pembangun permainan popular, SNK akhirnya melancarkan judul permainan popular mereka dari legasi terdahulu iaitu King of Fighters for Girls (K.O.F.F.G). Cuma bezanya adalah sepertimana judul permainan tersebut, versi King Of Fighters aka K.O.F ini adalah khusus untuk kaum hawa.

K.O.F merupakan salah satu judul permainan paling popular dibangunkan SNK yang pernah menjadi kegilaan anak muda remaja pada lewat 90an yang kerap memainkannya di mesin arked suatu ketika dahulu.

Latar cerita pemain K.O.F.F.G akan mewakili seorang wanita yang sedang mencari kerja di pusat gym di mana karektor-karektor utama K.O.F.F.G ini pergi berlatih dan bersenam.

Pemain bertanggungjawab mengurus dan melatih karekter yang dipilih untuk persediaan menyertai pertandingan seni bela diri. Antara karekter-karekter lejen K.O.F yang ditawarkan bagi versi perempuan ini termasuklah Kyo Kusanagi, Iori Yagami, Benimaru Nikaidou, Shingo Yabuki, Andy Bogard, K’ dan ramai lagi.

kof 2

Walaubagaimanapun buat masa ini, K.O.F.F.G hanya ditawarkan di Google Play Store dan App Store di Jepun sahaja.

Sumber: GamerBraves

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY