Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Buang Segera 11 Aplikasi Android Ini Kerana Telah Dijangkiti Perisian Hasad Joker

Buang Segera 11 Aplikasi Android Ini Kerana Telah Dijangkiti Perisian Hasad Joker

Diterbitkan Julai 24, 2021 · Dikemas kini Julai 24, 2021 oleh ariff bukhari

Penyelidik keselamatan peranti pintar dari ThreatLabz ZSCaler mendedahkan sebanyak 11 aplikasi Android didapati telah dijangkiti dengan perisian hasad Joker.

Seperti semua sedia maklum, perisian hasad Joker mempunyai kemampuan mencuri data pengguna seperti mesej SMS, senarai kenalan, dan maklumat peranti serta mendaftarkan pengguna Android kepada servis premium berbayar wireless application protocol (WAP).

Perisian hasad Joker amat sukar dikesan kerana pembangunnya sentiasa mengubah taktiknya bagi mengelakkan ia dikesan oleh sistem keselamatan Google Play Store.

Untuk kali ini pula, Joker mengeksploitasi ciri amaran notifikasi Android. Pengguna yang terpedaya dan membenarkan akses kepada notifikasi peranti mereka, Joker sekaligus boleh mengakses kesemua notifikasi yang diterima termasuklah notifikasi pengesahan dari pihak bank.

Berikutan itu, penyelidik telah memaklumkan kepada pihak Google bagi segera diambil tindakan.

Berikut adalah 11 aplikasi Android yang didapati telah dijangkiti dengan perisian hasad Joker oleh ThreatLabz ZSCaler:-

  • Free Affluent Message
  • PDF Photo Scanner
  • delux Keyboard
  • Comply QR Scanner
  • PDF Converter Scanner
  • Font Style Keyboard
  • Translate Free
  • Saying Message
  • Private Message
  • Read Scanner
  • Print Scanner

Buang Segera 11 Aplikasi Android Ini Kerana Telah Dijangkiti Perisian Hasad Joker

Jadi sekiranya anda ada memasang aplikasi-aplikasi yang disenaraikan di atas, bolehlah segera membuangnya dari peranti anda.

Sumber: ZSCaler

Baca juga: 60 Aplikasi Android Dikesan Telah Dijangkiti Perisian Hasad ‘BearClod’, ‘Haken’ Dan ‘Joker’

Baca juga: Aplikasi Android Bakal Guna Format Baharu, Tiada Lagi APK

8 Aplikasi Android Ini Didapati Membawa Perisian Hasad Joker

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY