Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Mengubah tetapan Bahasa Pada Chrome

Terdapat 2 Kecacatan Utama Yang Sedang Dihadapi Pengguna Pelayar Chrome 79

Diterbitkan Disember 28, 2019 · Dikemas kini Disember 28, 2019 oleh ariff bukhari

Isu keselamatan dan profail pengguna.

Pengguna pelayar Google Chrome 79 berdepan dengan 2 isu utama yang menjejaskan mereka.

2 isu utama tersebut adalah kecacatan berkaitan SQL Lite dan profail pengguna. Penyelidik keselamatan dari Tencent Blade telah menemui kecacatan pada SQL Lite Google Chrome yang dikenali sebagai Magellan 2.0.

Kecacatan tersebut menyebabkan penggodam boleh menjalankan kod merbahaya pada Chrome secara jarak jauh. Malah menyebabkan pelayar tersebut kerap tergantung, berfungsi tidak stabil dan pengurusan memori yang lemah.

Pihak Tencent Blade telah memaklumkan Google terhadap penemuan mereka ini dan Google telah pun melepaskan kemas kini terbaru Chrome 79 (79.0.3945.79 atau terbaru) kepada pengguna bagi memperbetulkan isu ini.

Oleh itu pengguna pelayar Chrome disyorkan supaya mengemas kini aplikasi tersebut dengan segera.

“We have reported all the details of the vulnerability to Google and they have fixed vulnerabilities. If your product uses Chromium, please update to the official stable version 79.0.3945.79.” Tencent Blade.

Satu lagi isu yang dihadapi oleh pengguna Chrome adalah berkaitan dengan perubahan pada profail pengguna kedua.

Pelayar Chrome didapati mengubah nama akaun pengguna lain pada pelayar tersebut kepada ‘Person 1‘.

person 1

Walaubagaimanapun, Google tidak memberikan sebarang info mengapa isu ini berlaku. Tetapi isu ini tidak menjejaskan data sulit pengguna.

Setakat ini, pepijat profail ‘Person 1‘ ini masih belum ditangani tapi dijangkakan ia akan diperbetulkan menerusi kemas kini Google Chrome akan datang.

Sumber: News Bytes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY