Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TenPay Global Perkenal Ciri Kiriman Wang Ke China Untuk Warga Asing Melalui WeChat

TenPay Global Perkenal Ciri Kiriman Wang Ke China Untuk Warga Asing Melalui WeChat

Diterbitkan Jun 8, 2026 oleh Amsyar Latif

TenPay Global, iaitu platform pembayaran rentas sempadan di bawah Tencent Financial Technology, telah melancarkan ciri inovatif “Remit to China for Non-Chinese Citizens”.

Kemas kini terbaharu ini membolehkan pengguna antarabangsa yang memegang pasport asing untuk menghantar kiriman wang secara terus dari negara asal mereka ke dalam ekosistem pasaran China dengan lebih fleksibel dan mudah.

Melalui rantaian rangkaian platform ini, TenPay Global menghubungkan ekosistem Weixin (WeChat) bersama lebih 60 institusi perbankan dan kiriman wang antarabangsa terkemuka dunia termasuk DBS, Panda Remit, Wise, Remitly, dan GME.

Sistem ini menyokong aktiviti transaksi kiriman wang ke China dari lebih 100 buah negara dan wilayah secara 24/7, di mana dana yang dihantar dijamin selamat dan mampu tiba dalam tempoh beberapa minit sahaja.

Warga asing yang menetap di China kini boleh menerima dana tersebut dengan hanya menggunakan nombor telefon bimbit yang dipautkan ke akaun WeChat mereka.

Sebaik sahaja dana berjaya dikreditkan, pengguna boleh memanfaatkan baki berkenaan untuk pelbagai urusan harian di China seperti beli-belah dalam talian, tambah nilai prabayar, dan pembayaran bil utiliti.

Di samping itu, TenPay Global turut menaik taraf perkhidmatan “Pay with Your Home E-Wallet” melalui gerbang kod QR rentas sempadan bersatu China.

Integrasi ini membolehkan sebanyak 36 dompet elektronik (e-wallet) asing dari 13 buah negara luar termasuk PayPal (AS), LiquidPay (Singapura), dan ZaloPay (Vietnam) untuk membuat pembayaran terus di tanah besar China menggunakan kod QR Weixin Pay.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Tencent Malaysia Raih Status ‘Malaysia Digital’, Perkukuh Kedudukan Sebagai Hab Teknologi Global
  • TNG eWallet Kini Berwajah Baharu - Lebih Kemas, Mudah Diakses

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SK Hynix Umum Untung Lebih RM258 Bilion Dalam Tempoh 3 Bulan
  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
©2026 WISER.MY