OpenSignal merupakan sebuah aplikasi yang mana anda boleh mengenalpasti liputan rangkaian mana yang lebih bagus untuk sesuatu kawasan. Melaluinya juga anda boleh menguji kelajuan, mencari menara telco dan WiFi Hotspot yang terdekat.
Muat turun OpenSignal dari Google PlayStore atau App Store, dan setelah siap dimuat turun, buka untuk aktifkan aplikasi.
Untuk menyemak liputan isyarat mana yang lebih bagus untuk sesuatu kawasan, pergi ke simbol Coverage dibahagian kanan bawah.
Taip nama kawasan yang dikehendaki pada ruang Search Location, dan disebelah kiri pilih Show All untuk penyedia telco dan jenis rangkaian sama ada 2G, 3G atau 4G. Seperti contoh dibawah.
Setelah itu, tekan View Network Stats. Paparan akan menunjukkan liputan isyarat dari penyedia yang ditawarkan dikawasan tersebut. Ia juga akan menunjukkan Download Speed, Upload Speed, Latency, dan Reliability.
- Download Speed - Kelajuan muat turun maksimum dikawasan tersebut (lebih tinggi lebih bagus)
- Upload Speed - Kelajuan muat naik maksimum dikawasan tersebut (lebih tinggi lebih bagus)
- Latency - Masa yang diperlukan untuk peranti anda menghantar data ke menara telco yang terdekat (lebih rendah lebih bagus)
- Reliability - Tahap kestabilan liputan rangkaian di kawasan terbabit (lebih tinggi lebih bagus)
Sekiranya anda terpaksa berpindah ke tempat baru dan tidak mempunyai idea bagaimana liputan dikawasan tersebut, OpenSignal boleh bantu anda.
Berkaitan
- Mi 10 Pro Raja Baru DxOMark
- Murid Mungkin Tidak Perlu Ke Sekolah Pada 30 Tahun Akan Datang
- 5 Sebab Kenapa Vivo S1 Berbaloi Dibeli
- iflix Free - Bolehkan Anda Strim Secara Percuma
- Jawapan Mufti Mengenai Hukum Pembelian Android Box
- Tak Lama Lagi Anda Boleh Backup Keseluruhan Data Komputer Ke Dalam Google Drive
- U Mobile Lancar Perkhidmatan e-Dompet GoPayz Dengan Sokongan Kad Fizikal
- Siri OPPO Find X2 Rasmi - Dilengkapi Pengecasan Pantas 65W Dan Skrin 120Hz
- Mi 9 Sudah Rasmi - Membawakan 3 Kamera Dan Sokongan Pengecasan Tanpa Wayar 20W
- Sony Xperia XZs (RM2899) Dan Xperia XA1 (RM1199) Sudah Memasuki Pasaran Malaysia, Pra Tempah Bermula Hari Ini