Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Tak Lama Lagi Anda Boleh Backup Keseluruhan Data Komputer Ke Dalam Google Drive

Posted on Jun 17, 2017

Tak punyai cakera keras luaran untuk backup data dan fail penting di dalam komputer?

Usah khuatir kerana tidak lama lagi Google akan mengeluarkan kemaskini yang boleh membantu anda.

Fungsi yang dikenali sebagai Backup and Sync tersebut merupakan versi terbaru Google Drive bagi Mac/PC dan ia di-integrasikan dengan   Google Photos loader untuk desktop.

Menerusi fungsi baru ini, pengguna boleh memilih mana-mana fail secara spesifik bagi tujuan backup secara berterusan ke dalam akaun Google Drive mereka.

Kemaskini tersebut akan mula ditawarkan bermula 28 Jun hadapan.

Dengan adanya fungsi Backup and Sync ini, pengguna dapat membuat backup keatas fail di dalam komputer terus ke storan awan.

Sebelum ini, pengguna hanya dapat memindahkan sebilangan kecil data dari fail di komputer ke dalam fail Google Drive.

Google turut menjamin proses backup akan dilakukan secara berterusan untuk memastikan segala data di dalam fail komputer sentiasa dikemaskini di dalam storan awan.

Kapasiti 15GB diberikan secara percuma bagi penyimpanan pada Google Drive, dan jika anda mahukan lebih ruang storan anda boleh melanggan:

  • 100GB – USD $1.99 sebulan
  • 1TB – USD$ 9.99 sebulan

Sumber: CNET

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress