Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Photo 1_U Mobile_GoPayz_and_GoBiz

U Mobile Lancar Perkhidmatan e-Dompet GoPayz Dengan Sokongan Kad Fizikal

Diterbitkan Jun 18, 2019 · Dikemas kini Jun 18, 2019 oleh Helmi Samsuri

Seiring dengan kemajuan negara kearah sistem pembayaran tanpa tunai, U Mobile hari ini tampil mengumumkan dua penyelesaian pembayaran dalam talian, GoPayz serta GoBiz.

 

Photo 1_GoPayz & GoBiz Showcase
Acara pelancaran tersebut turut dihadiri oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, YB Gobind Singh Deo dan turut disertai oleh Wong Heang Tuck (CEO U Mobile).

Penawaran dibuat dengan menyasarkan dua golongan berbeza,  GoPayz sebagai perkhidmatan e-dompet bagi pengguna sementara bagi peniaga pula, mereka boleh menggunakan GoBiz. GoBiz diperkenalkan untuk penyelesaian penerimaan bayaran digital, sesuai digunakan pada semua jenis perniagaan.

GoPayz

Menarik mengenai perkhidmatan GoPayz, ia bukan sahaja diakses dari dalam telefon pintar malah turut menyokong penggunaan melalui kad fizikal seperti Mastercard, Visa dan juga UnionPay. Sokongan pada kad fizikal ini membolehkan pembayaran dibuat tidak hanya terhad didalam negara malah boleh digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Ciri-ciri unik GoPayz adalah seperti berikut:

  1. Perkhidmatan Kewangan Digital Mampu Milik – Pelbagai tawaran
    insurans, pertukaran mata wang dalam talian, dan produk kewangan direka
    mengikut keperluan individu. Misalnya, produk insurans mikro GoLife Plus
    menawarkan premium serendah RM13 sebulan dengan jumlah perlindungan
    sehingga RM 76,000.
  2. Diterima di Mana-mana Sahaja – Pelanggan boleh membuat bayaran di
    mana-mana sahaja, di dalam serta luar negara menerusi GoPayz Mastercard,
    UnionPay, Visa maya dan kad fizikal, baik dalam talian mahupun peruncitan
    fizikal.
  3. Boleh Diakses pada Bila-bila Masa – Pelanggan boleh menjalankan semua
    urusan transaksi menerusi aplikasi mudah alih mereka dengan mudah.
  4. Ganjaran Hebat – Kumpul mata ganjaran kesetiaan daripada pelbagai
    transaksi untuk menerima ganjaran kejutan menerusi transaksi-transaksi
    berkelayakan.
  5. Keselamatan Dijamin – Semua transaksi akan dijalankan secara selamat
    berdasarkan peraturan dan piawaian skim kad.

GoBiz

Seperti yang dinyatakan diatas, GoBiz merupakan platform yang boleh dimanfaatkan oleh semua jenis perniagaan. Ciri-ciri yang tersedia pada GoBiz adalah;

  1. Proses Pemohonan yang Mudah – Diluluskan dalam 3 hari bekerja.
  2. Penyelesaian yang Diperibadikan – Pemilik perniagaan boleh
    mendigitalkan penerimaan bayaran mereka dengan pelbagai penyelesaian
    seperti mobile point-of-sale (mPOS), atau mobile virtual terminal (MVT).
  3. Penerimaan yang Luas – GoBiz bekerjasama dengan Mastercard, UnionPay
    dan Visa, sekaligus memberikan fleksibiliti kepada pemilik peniagaan untuk
    menerima bayaran daripada pelanggan tempatan serta antarabangsa.
  4. Peluang untuk Meningkatkan Pendapatan – Pemilik perniagaan yang
    menggunakan GoBiz boleh memilih pelbagai perkhidmatan penjanaan
    pendapatan seperti tambah nilai prabayar syarikat telekomunikasi,
    pembayaran bil, serta mata permainan untuk ditawarkan kepada pelanggan
    mereka.
  5. Keselamatan Dijamin – Semua transaksi akan dijalankan secara selamat
    berdasarkan peraturan dan piawaian skim kad.

Kedua-dua perkhidmatan akan ditawarkan bermula bulan Julai depan. Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan UMobile ini, boleh kunjungi laman sesawang GoPayz dan GoBiz.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY