Sony Xperia XZs (RM2899) Dan Xperia XA1 (RM1199) Sudah Memasuki Pasaran Malaysia, Pra Tempah Bermula Hari Ini

Sony datang lagi!!!

Kali ini Sony Malaysia membawakan dua buah model siri Xperia ke dalam pasaran tempatan.

Sony Xperia XZs dan Xperia XA1 pertama kali dipertontonkan kepada khalayak ramai bulan lalu pada acara MWC 2017 yang berlangsung di Barcelona.

Bulan lepas filancar secara rasmi, bulan ini sudah masuk pasaran Malaysia. Pantas bukan?

Sony Experia XZs

Dianggap sebagai pengganti kepada model terdahulu, Xperia XZ.

xperia-xzs-xa1-my-launch-3-1024x683

Spefisikasi keseluruhan dilihat sama seperti model XZ, tetapi XZs tampil lebih berkuasa dengan RAM 4GB dan juga kamera utama 19Megapiksel yang berupaya merakam video pada kadar 960 fps.

xperia-xzs-xa1-my-launch-2-1024x683

Antara spesifikasi lain yang ada pada Sony Xperia XZs:

  • Skrin paparan 5.2 inci, resolusi 1080p

  • Storan dalaman 64GB

  • Qualcomm Snapdragon 820

  • Kamera selfie 13 Megapiksel

  • Pengimbas cap jari pada butang kuasa

  • Bateri berkapasiti 2900 mAh

  • IP65/68 kalis air dan habuk


 

Sony Xperia A1

Ini merupakan model yang lebih mampu milik.

xperia-xzs-xa1-my-launch-4-1024x683

Model pertengahan ini hadir dengan:

  • Skrin paparan 5 inci, 720p

  • MediaTek Helio P20

  • RAM 3GB

  • Storan dalaman 32GB

  • Kamera utama 23 Megapiksel

  • Kamera selfie 8 Megapiksel

  • Bateri 2300 mAh


xperia-xzs-xa1-my-launch-5-1024x683

Pra tempah kedua-dua model ini boleh mula dibuat 29 Mac hingga 9 April di;

  • Sony Store yang terpilih

  • Sony Center

  • Pengedar yang sah, dan

  • 11Street


Bagi anda yang berminat untuk memiliki Xperia XZs, mula pra tempah dan menikmati hadiah percuma seperti

  1. SBH80 Stereo Bluetooth Headset

  2. Pengecas pantas UCH12W

  3. Silicon case

  4. Tempered glass


Jika anda pra tempah Xperia A1, anda akan menerima;

  1. DK60 Charging Dock

  2. Silicon case

  3. Tempered glass


Sony menawarkan 3 pilihan warna bagi model XZs - Biru, Perak, Hitam.

Manakala untuk model pertengahan, A1 akan tampil dengan warna Putih, Hitam, Merah jambu, Emas.

Sumber: Lowyat.net