Ketika sesi pelancaran, pengasas syarikat Lei Jun telah mengumumkan Mi 10 Pro berjaya menduduki tangga teratas dalam senarai penanda aras DxOMark dengan 124 skor. Ia telah merampas kedudukan yang sebelum ini diduduki oleh Huawei Mate 30 Pro 5G.
Dari segi perkakasan kamera, Mi 10 Pro hadir dengan kelengkapan sama seperti Mi Note 10 Pro iaitu kamera utama 108MP, 20MP ultra lebar, 12MP telefoto x2 dan 8MP telefoto x5.
Skor keseluruhan 124 itu didapati daripada dua kategori iaitu foto dan video yang masing-masing memperoleh skor 134 dan 104.
Menurut DxOMark, hasil rakaman lebih kurang sama seperti penawaran Mi Note 10 Pro tetapi kualitinya lebih baik hasil daripada pemprosesan Snapdragon 865. Kelebihan boleh dilihat dari segi janaan tekstur, prestasi rakaman malam serta ketajaman imej.
Sumber: DxOMark
Berkaitan
- Samsung Note 8 Turun Harga, Boleh Dimiliki Pada Nilai RM2499
- U Mobile Dan Microsoft Tawar Pakej Aplikasi Office, Suara Serta Data Tanpa Had
- Snapdragon 675 Muncul Di GeekBench, Prestasi Yang Ditunjukkan Lebih Baik Daripada Snapdragon 710
- Pusat Beli Belah Ini Sediakan "Bilik Rehat" Bagi Para Suami
- Akhirnya Mi Malaysia Akan Membawa Masuk Redmi Note 4 Ke Pasaran Tempatan, Diumumkan Tengahari Esok (8 Mac 2017)
- CelcomDigi Lancar Pelan Pascabayar Xpax Unlimited 75
- Beberapa Pengedar Dikatakan Memboikot Produk Digi
- ASUS Malaysia Umum TUF Gaming FX505 Dikuasakan Dengan Cip Pemproses AMD
- Siri Huawei P40 Kini Rasmi Di Malaysia, Harga Bermula RM2799
- #MWC2019 - MicroSD Express Diumum Dengan Kelajuan Membaca 985MB Per Saat