Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tempahan PlayStation 5

Tempah PS5, Lain Yang Dapat

Posted on November 23, 2020November 24, 2020

Baru-baru ini, beberapa pelanggan yang membuat pra tempahan PlayStation 5 melalui Amazon UK telah menyatakan mereka tidak menerima konsol permainan itu.

Malah, beberapa pembeli turut menyatakan konsol PS5 itu digantikan dengan produk yang tidak pernah mereka tempah. Antaranya termasuk mesin pembuat kopi, pengurut kaki serta makanan kucing.

Wartawan bebas, Bex April May turut membuat ciapan di Twitter mengenai perkara ini dan menyatakan PS5 yang ditempah telah ditandakan sebagai “missed”. Akan tetapi, tiada percubaan penghantaran dibuat.

Anyone who has had their #PS5 go missing through @Amazon – what did you receive? #AmazonPS5Scam

— Bex April May (@bexlectric) November 20, 2020

Tidak lama selepas itu, beliau menyatakan telah menerima bungkusan dari Amazon yang mengandungi Air Fryer.

Beliau juga telah membuat undian, di mana hasilnya menunjukkan 47.4% dari 508 undian telah menerima bungkusan dengan pelbagai barangan. Sementara itu, lebih separuh darinya langsung tidak menerima sebarang bungkusan.

Thanks @AmazonUK for sending me this instead of the ps5 I ordered. And then telling me sorry, we can't send you the item you actually ordered because we ran out. So you're gonna have to wait over 10 days for a refund. Absolute shambles pic.twitter.com/2slEFxKxlc

— Kirsty (@oopssimafan) November 20, 2020

Dalam pada itu, beberapa pengguna lain di Twitter dan Reddit turut mengadu perkara yang sama. Ada yang menerima makanan kucing, pengurut kaki dan sebagainya.

Hello there! We're very sorry to hear about this. We don't have access to your account via social media, but want to help wherever we can! Have you had a chance to take a look at our return/replacement options here: https://t.co/aaDyEz1VgE. ^DI

— Amazon Help (@AmazonHelp) November 19, 2020

Amazon UK juga telah memberikan respon kepada pengguna di mana ia menyatakan pembeli perlu menunggu sehingga 48 jam jika kurier tersebut akan menghantar PS5 berkenaan. Syarikat itu turut menyediakan hadiah percuma sebagai pampasan.

Namun, dengan ketiadaan stok PS5, pembeli mungkin hanya mempunyai pilihan untuk dikembalikan semula wang tanpa menerima konsol permainan yang ditunggu-tunggu. Atau sebaliknya, perlu menunggu lagi untuk mendapatkan gantian konsol PS5 ini.

The exact same thing happened to me, I got a George Foreman grill!
Looked like the box had been opened at some point aswell.
Now I can't get a replacement because there is no stock anywhere in the UK even though I pre-ordered it 2 months in advance! pic.twitter.com/Cmg3BzVhvg

— Sam Felts (@Sam_Felts) November 20, 2020

Jika dilihat kembali, perkara seperti ini bukanlah pertama kali berlaku. Baru-baru ini, pekerja Amazon di Sepanyol telah ditangkap dengan sejumlah iPhone yang bernilai lebih $500,000 dari pusat logistik di Madrid.

Perkara ini disedari oleh Amazon selepas mendapati perubahan berat beberapa kotak iPhone. Syarikat itu kemudiannya telah melakukan siasatan dalaman yang mendedahkan pelaku tersebut.

Sumber: Twitter Bex April May via Business Insider, GizChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress