Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telegram Kini Hadir Dengan Pelbagai Ciri Baru

Telegram Kini Hadir Dengan Pelbagai Ciri Baru

Diterbitkan Januari 2, 2020 · Dikemas kini Januari 2, 2020 oleh Helmi Samsuri

Telegram sedia dilengkapi dengan pelbagai ciri menarik untuk digunakan. Memasuki tahun 2020, sudah pasti ia akan ditambah baik untuk memberikan pengalaman berguna buat peminat aplikasi tersebut.

Theme Editor 2.0

Melalui kemaskini yang akan diberikan pada peranti iOS serta Android, Telegram kini tampil dengan ciri Theme Editor 2.0 pada tetapan perbualan. Ia membolehkan anda mengubah antaramuka pada bahagian perbualan mengikut citarasa tema dan warna yang digemari anda.

Telegram Kini Hadir Dengan Pelbagai Ciri Baru

 

Send When Online

Telegram sudah mempunyai ciri Schedule Message, memudahkan anda menjadualkan mesej mengikut masa yang ditetapkan. Kini menambahbaik, adalah ciri Send When Online. Melalui ciri ini, mesej yang ditetapkan akan dihantar sewaktu penerima online.

Screenshot 2020-01-02 at 11.15.27 AM

Mod Gelap

Antara ciri lain yang akan didatangkan adalah pertukaran kepada mod gelap dengan lebih pantas. Sebelum ini untuk bertukar kepada tema gelap penguna perlu pergi ke bahagian Settings> Theme. Kini, untuk mengaktifkannya, Telegram menyertakan butang berbentuk bulan sabit. Selain itu, fungsi peta dalam aplikasi juga akan bertukar kepada mod gelap.

Telegram Kini Hadir Dengan Pelbagai Ciri Baru

Tukar akaun dengan lebih pantas

Anda mungkin mempunyai sehingga tiga akaun Telegram didalam satu aplikasi. Bagi pengguna iOS 13, Telegram menambah ciri pertukaran antara akaun dengan lebih pantas pada paparan utama. Pengguna hanya perlu menekan lama pada ikon aplikasi dan pilihan menu akan tertera.

Telegram Kini Hadir Dengan Pelbagai Ciri Baru

Selain daripada ciri-ciri yang disebutkan diatas, kemaskini Telegram turut mengandungi ciri seperti…

  • tambah baik perkongsian lokasi,
  • hasil carian dalam bentuk senarai,
  • sokongan podcast dan audiobook,
  • animasi aplikasi yang lebih lancar,
  • memilih sebahagian ayat dari mesej,

…dan beberapa yang lain. Bagi mengetahui lebih lanjut mengenainya anda boleh lihat sendiri di blog Telegram.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY