Telegram Kini Benarkan Anda Padam Mesej Yang Dihantar Pada Peranti Penerima

Telegram mula mendapat lebih banyak perhatian selepas Facebook dan platform-platform di bawah kelolaannya menghadapi masalah baru-baru ini.

Telegram juga menawarkan beberapa fungsi-fungsi menarik bagi menarik pengguna. Terbaru, ia membenarkan pengguna memadam mesej yang telah dihantar dan diterima di peranti milik mereka serta peranti milik penerima.

Mereka sebelum ini turut membenarkan pengguna melakukannya namun dalam tempoh 2 bulan selepas mesej dihantar sahaja. Kini, pengguna boleh memadam mesej tidak kira bila ia dihantar.



Berbeza dengan WhatsApp, penerima tidak akan menyedari mesej telah dipadam kerana tiada notifikasi yang akan dipaparkan apabila sesuatu mesej dipadam.

Fungsi ini adalah baik bagi mengelakkan berlakunya penyebaran mesej, media atau fail yang tidak sepatutnya melalui aplikasi berkenaan.

Bagaimanapun, pihak Telegram turut menyedari bahawa fungsi ini mungkin akan disalahguna kerana ia boleh membantu penjenayah untuk memadam bahan bukti dan sebagainya.

Apa-apa pun ia bergantung kepada pengguna sendiri untuk menggunakan segala kemudahan dapat digunakan dengan sebaik-baiknya.

 

Sumber: Engadget