Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telegram Hadir Dengan Platform Blog Iaitu Telegraph

Telegram Hadir Dengan Platform Blog Iaitu Telegraph

Diterbitkan November 23, 2016 · Dikemas kini November 23, 2016 oleh Haikel Areff

Telegram telah melebarkan sayapnya dengan memperkenalkan sebuah platform penulisan/blog iaitu Telegraph semalam. Platform yang ditampilkan oleh Telegram ini mempunyai persamaan dengan platform penulisan panjang lain seperti Blogger, WordPress, dan Medium. Namun yang menarik tentang servis baru ini adalah ianya boleh digunakan tanpa perlu mendaftar akaun. Anda boleh pergi ke laman web Telegraph dan terus menulis. Setelah selesai, anda perlu tekan ‘Publish’ dan anda boleh berkongsi alamat URL yang telah dipaparkan.

Gambar di bawah adalah contoh laman web Telegraph. Cerita di bawah adalah rekaan semata-mata.

ghIanya sangat ringkas. Lebih mesra pengguna. Anda boleh menggunakan link yang telah dihasilkan untuk diletakkan di Youtube atau Twitter. Melalui telegraph, anda boleh memuat naik gambar dan video cuma anda tidak boleh mengubah suai rupa dan rekaan blog anda di Telegraph.

Pada pendapat Wiser.my sendiri, ianya cuma sebuah medium penulisan blog yang biasa namun semua orang boleh menggunakan medium ini untuk menulis blog atau cerita mereka dengan lebih mudah tanpa perlu daftar masuk akaun. Fungsi yang agak minimalis ditawarkan oleh Telegraph membuatkan ianya lebih ringan dan pantas.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY