Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Telefon Pintar realme Kini Digunakan 35 Juta Orang Seluruh Dunia

Telefon Pintar realme Kini Digunakan 35 Juta Orang Seluruh Dunia

Diterbitkan Mei 15, 2020 oleh Helmi Samsuri

Tiga tahun lepas anda mungkin tidak mengenali langsung mengenai jenama telefon pintar ini, tetapi hari ini boleh jadi anda antara salah seorang pemilik peranti realme.

Sejak ditubuhkan kira-kira 2 tahun yang lalu, realme kini sudah merekod satu lagi pencapaian yang membanggakan iaitu 35 juta pengguna diseluruh dunia.

Visual_realme 35M users

Dilihat masih ‘muda’ berbanding pengeluar lain, penawaran realme jelas mendapat tumpuan ramai dan ia dibuktikan dengan penjualan sebanyak 10 juta dalam tempoh 4 bulan ini.

Sebagai perbandingan, suku pertama 2020 memperlihatkan peningkatan jualan sehingga 157%, berbanding tempoh sama 2019. Walaupun pasaran telefon pintar dunia mengalami penurunan pada tiga bulan terawal tahun ini, laporan Counterpoint menyatakan realma merupakan satu daripada dua jenama utama yang memperolehi peningkatan.

Selepas ini penawaran realme tidak hanya tertumpu pada telefon pintar sahaja dimana ia sedia mengumumkan lebih banyak produk ‘AIoT’ akan menerjah pasaran.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY