Sebelum membeli telefon pintar, anda mungkin terpaksa menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk mencari peranti mampu milik dengan spesifikasi yang tinggi. Oleh itu, di bawah ini kami senaraikan dua peranti bajet terbaik pada kelasnya ketika ini, yang mungkin dapat membantu anda membuat pilihan.
Mengapa ia dikatakan sebagai peranti mampu milik walaupun berada pada kelas pertengahan dan bangsawan? Ikuti bingkisan di bawah ini.
Flagship – POCO F2 Pro
Kebanyakan peranti flagship bagi tahun ini ditawarkan pada harga melebihi RM3,000. Namun, masih mengekalkan tradisi sebelum ini, POCO F2 Pro diletakkan pada tanda harga yang jauh lebih murah bagi sesebuah peranti flagship.
Boleh dikatakan, P F2 Pro merupakan peranti flagship terbaik dengan harga bajet yang anda boleh dapatkan pada masa ini. Mengapa?
Selain dari penawaran harga, ia hadir dengan spesifikasi yang cukup lengkap bagi sesebuah peranti flagship. POCO F2 Pro dimuatkan dengan paparan skrin 6.67 inci Super AMOLED dan resolusi FHD+. Dengan menawarkan skrin tanpa takuk serta bezel yang nipis, sudah pasti anda dapat menikmati keseluruhan skrin tanpa gangguan untuk pandangan mata.
POCO F2 Pro dijana oleh cip pemprosesan Snapdragon 865 yang berkuasa. Ia hadir dengan pilihan memori 6GB/128GB dan 8GB/256GB. Kamera belakang dimuatkan dengan empat tetapan lensa iaitu 64MP utama Sony IMX686, 13MP sudut lebar, 5MP telemakro, dan 2MP depth. POCO F2 Pro turut hadir dengan rakaman 8K 30fps yang menjadikannya unik berikutan pada masa ini hanya Samsung sahaja yang menggunakannya pada Galaxy S20.
Peranti ini didatangkan dengan empat pilihan warna yang menarik iaitu Electric Purple, Phantom White, Neon Blue dan Cyber Grey.
Kelas Pertengahan – Redmi Note 9 Pro
Beralih ke peranti kelas pertengahan, tidak dapat disangkal lagi jika Redmi Note 9 Pro memegang gelaran telefon bajet terbaik bagi kelasnya. Dengan bajet RM1,099, anda dapat peranti dengan rekaan bangsawan yang dikuasakan cip pemprosesan Snapdragon 720G, serta digabungkan bersama RAM 6GB dan 128GB ruang simpanan.
Ia juga membawakan sokongan slot kad mikroSD sehingga 512GB. Penggunaan cip tersebut memberikan prestasi grafik yang lebih baik.
Dari segi tetapan kamera, Redmi Note 9 Pro dimuatkan dengan kuad kamera iaitu 64MP utama, 8MP sudut lebar, 5MP makro dan 2MP depth. Dengan itu, setiap gambar yang dirakam menggunakan peranti ini akan memberikan hasil yang lebih baik serta perincian yang lebih jelas. Di bahagian kamera hadapan pula dimuatkan dengan lensa 16MP.
Tidak cukup dengan itu, peranti ini hadir bersama pengecasan pantas 33W serta kabel USB Type-C di dalam kotak pembelian. Bateri yang dimuatkan pada peranti ini adalah berkapasiti 5,020mAh. Dengan menggunakan pengecasan pantas tersebut, hanya sekitar 30 minit yang diperlukan untuk pengecasan dari 0% hingga 50%.
Redmi Note 9 Pro mempunyai perlindungan Corning Gorilla Glass 5 pada panel hadapan dan belakang yang menjadikannya lebih tahan dan lebih kemas bergaya. Peranti ini ditawarkan dengan tiga pilihan warna iaitu Tropical Green, Glacier White & Interstellar Grey.
Redmi Note 9 Pro adalah sangat mencukupi untuk kebanyakan pengguna.
Jika anda merupakan pengguna yang mahukan gaming sedap atau pengalaman harian lebih baik dengan harga yang lebih rendah, anda sebenarnya tidak perlu pusing kepala untuk membuat pilihan. Ini kerana, Redmi Note 9 Pro adalah sangat mencukupi untuk menampung kegunaan harian bagi kebanyakan pengguna. Ia juga merupakan satu pelaburan yang berbaloi untuk mendapatkan sebuah peranti kelas pertengahan pada harga yang ditawarkan.
Untuk mendapatkan Redmi Note 9 Pro, peranti ini boleh dibeli dari semua kedai Mi yang sah dan juga melalui Lazada (https://invol.co/clpgy9).
Artikel ini dibawakan oleh Xiaomi Malaysia