Pasti ada di antara anda yang tertanya-tanya, dalam banyak-banyak telefon keluaran tahun ini, telefon pintar kelas pertengahan atau midrange yang terbaik tahun ini? Di sini, kami senaraikan 5 telefon pintar terbaik untuk segmen midrange tahun 2025.
HONOR X9d

Telefon midrange paling tahan lasak ini boleh dikatakan telefon kelas pertengahan serba baik untuk tahun ini. Didatangkan dengan bateri berkapasiti 8300mAh dengan pengecasan pantas sehingga 66W. HONOR X9d ini dikuasakan oleh cip Snapdragon 6 Gen 4 membawakan prestasi terbaik kepada pengguna. Tetapi, satu kelemahan yang patut anda fikirkan adalah kekurangan pada prestasi kameranya.
vivo V60

Telefon ini pula membawakan prestasi kamera yang terbaik dengan sistem kamera ZEISS. Ia juga bakal menerima originOS 6 yang menawarkan prestasi yang stabil dan lancar untuk jangka masa panjang bagi pengguna.
Infinix GT 30 Pro

Untuk kategori midrange, ini merupakan telefon pintar gaming terbaik. Ia dilengkapi pelbagai ciri gaming yang menarik seperti XBOOST AI, GT Trigger, sistem pencahayaan RGB dan banyak lagi, untuk meningkatkan pengalaman permainan. Infinix GT 30 Pro ini juga adalah peranti rasmi MPL MY 2025.
realme 15 Pro

Telefon pintar ini, hadir dengan pelbagai ciri AI yang menarik antaranya, AI Party Mode yang membolehkan penghasilan potret terang dan berwarna dalam keadaan pencahayaan mencabar, lengkap dengan kesan cahaya yang mampu menyerlahkan suasana parti. Dibekalkan dengan bateri 7000mAh dan pengecasan pantas sehingga 80W serta rekaan luaran yang cantik.
REDMI Note 14 Pro+ 5G

Telefon ini adalah antara yang terbaik daripada REDMI. Dilengkapi kamera utama 200MP dengan ciri AI tambahan seperti AI Interpreter, AI Notes, dan AI Subtitles. Skrin CrystalRes AMOLED pada model ini menyokong kecerahan maksimum 3000 nits, sokongan Dolby Vision, dan warna 12-bit. Dikuasakan oleh Snapdragon 7s Gen 3 dan didatangkan dengan bateri 5110mAh serta sokongan pengecasan ultra pantas 120W HyperCharge. Dari segi prestasi, kamera, skrin, UI serta bateri, semuanya stabil dan seimbang untuk telefon ini.
Anda boleh dapatkan kesemua telefon pintar yang tersenarai di sini dengan memasukkan nama telefon di ruang carian Laman Beli.
{suggest}
