Untuk pengguna aktif telefon pintar, anda tidak perlu risau lagi tentang bateri telefon yang cepat habis. Pada tahun 2025 ini, ada banyak telefon pintar yang baru dilancarkan, hadir dengan bateri berkapasiti besar.
Oleh itu, kami senaraikan telefon keluaran 2025 dengan bateri berkapasiti besar untuk anda pertimbangkan.
POCO F7

Pertama, POCO F7. Telefon ini dikuasakan oleh Snapdragon 8s Gen 4 dan bateri berkapasiti 6500mAh dengan pengecasan pantas 90W HyperCharge.
Anda boleh cas telefon dan bateri akan mencecah 80% hanya dalam 30 minit. Anda tidak perlu risau, kerana bateri telefon ini memang tahan lama.
POCO F7 juga menyokong 22.5W pengecasan berbalik yang membolehkan anda berkongsi bateri telefon anda dengan peranti lain.
Dalam bahasa mudah, anda boleh jadikan telefon anda sendiri sebagai power bank untuk peranti lain. Boleh dapatkan POCO F7 ini dengan harga bermula RM1599 untuk model 12GB+256GB dan RM1799 untuk model 12GB+512GB.
Shopee: https://invl.me/cln1wnq
POCO F7 Pro

Seterusnya, POCO F7 Pro yang dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 3. Didatangkan dengan bateri berkapasiti 6000mAh yang menjadikan baterinya tahan lama.
Dengan sokongan 90W pengecasan pantas, telefon ini hanya memerlukan 37 minit untuk baterinya mencapai 100% dan bateri anda akan tahan sehingga 15 jam penggunaan berterusan.
Harga rasmi POCO F7 Pro ini adalah RM2299, tapi anda boleh dapatkannya pada harga yang lebih murah di Shopee.
Shopee: https://invl.me/cln1wov
realme 15 Pro 5G

Telefon ini dikuasakan Snapdragon 7 Gen 4, menjadikan telefon ini kuat dan jimat tenaga. Dengan 7000mAh Titan Battery serta 80W UltraCharge, anda boleh menggunakannya seharian tanpa perlu risau lagi tentang bateri. Anda boleh dapatkan realme 15 Pro 5G ini pada harga RM1799.
Shopee: https://invl.me/cln1woz
iQOO Neo 10

Ini adalah antara telefon pintar terawal di Malaysia yang dikuasakan oleh Snapdragon 8s Gen 4. Telefon mempunyai skrin yang berkualiti dan berprestasi tinggi.
Dihadirkan dengan bateri berkapasiti 7000mAh serta 120W sokongan pengecasan pantas. iQOO Neo 10 ini boleh didapatkan dengan harga RM1999 untuk model 12GB+256GB, dan untuk model 16GB+512GB pula boleh didapatkan pada harga RM2199.
Shopee: https://invl.me/cln1wp3
HONOR 400

HONOR 400 ini didatangkan dengan cip Snapdragon 7 Gen 3. Bateri 6000mAh dengan 80W SuperCharge, hanya 15 minit untuk cas sehingga 40%.
Ia juga direka dengan teknologi pengimejan AI generasi terkini. Untuk telefon ini, model 12GB+256GB berharga RM1899 dan model 12GB+512GB berharga RM2199.
Shopee: https://invl.me/cln1wp9
HONOR X9d

Jika anda perlukan telefon tahan lasak dengan bateri berkapasiti besar, HONOR X9d patut anda pertimbangkan. Direka dengan bateri berkapasiti 8300mAh dengan pengecasan 66W.
Ia dikuasakan oleh cip Snapdragon 6 Gen 4. HONORX9d ini boleh didapatkan pada harga RM1499 untuk model 24GB+256GB, dan RM1699 untuk model 24GB+512GB.
Shopee: https://invl.me/cln1wpd
vivo V60 5G

Telefon pintar ini didatangkan dengan bateri berkapasiti 6500mAh. serta sokongan 90W FlashCharge. Ia dikuasakan Snapdragon 7 Gen 4 menjadikan ia lancar walaupun anda main permainan mudah alih yang berat. Harga rasmi vivo V60 5G ini bermula RM1999 untuk model 12GB+256GB dan RM2299 untuk model 12GB+512GB.
Shopee: https://invl.me/cln1wpj
vivo V60 Lite

vivo V60 Lite ini pula direka dengan bateri berkapasiti 6500mAh berserta 90W FlashCharge. Hadir dengan MediaTek Dimensity 7360-Turbo untuk peningkatan prestasi. Dapatkan vivo V60 Lite ini dengan harga bermula RM1199 untuk model 8GB+256GB serta RM1499 untuk model 12GB+512GB.
Shopee: https://invl.me/cln1wpj
{suggest}
