Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LOGO design

Telefon ‘Flagship’ Terbaik Untuk Tahun 2025

Diterbitkan Disember 29, 2025 · Dikemas kini Disember 31, 2025 oleh ainabatrisyia

Senarai terkini: Telefon Flagship Terbaik, disusun oleh editor Wiser dengan harga semasa di Malaysia.

Penghujung tahun 2025 akhirnya tiba. Terdapat pelbagai model telefon pintar dengan fokus yang berbeza dikeluarkan pada tahun ini. Mahupun begitu, hanya beberapa model sahaja yang boleh dikategorikan sebagai flagship terbaik. Ini dia senarai telefon pintar flagship terbaik untuk tahun 2025.

Kesemua telefon dalam senarai ini boleh beli di – https://wiser.my/beli

OPPO Find X9 Pro

 

Telefon ‘Flagship’ Terbaik Untuk Tahun 2025

Ada sebabnya kenapa telefon ini dinobatkan sebagai Phone of The Year untuk Anugerah Wiser. Seperti yang kita tahu, kemampuan kameranya tidak lagi boleh disangkal. Prestasi kamera telefon ini merupakan prestasi paling kompetitif setakat ini. Bukan sahaja kamera, prestasi telefon ini sendiri sangat memuaskan dari segi hayat bateri sehinggalah skrin. Cumanya OPPO Find X9 Pro ini, harganya sedikit tinggi berbanding model lain dalam senarai ini.

vivo X300

Telefon ‘Flagship’ Terbaik Untuk Tahun 2025

Telefon ini pula menawarkan harga yang bersesesuaian dengan kamera dan prestasi yang ditampilkan. Dipadankan pula dengan OriginOS yang stabil, vivo X300 ini mampu memberikan ekosistem kerja yang lancar kepada pengguna. Telefon pintar ini merupakan bukti bahawa pengalaman flagship kini boleh didapatkan pada harga yang mampu milik.

RedMagic 11 Pro

Telefon ‘Flagship’ Terbaik Untuk Tahun 2025

Telefon pintar ini merupakan telefon pintar pertama di dunia yang mempunyai sistem penyejukkan cecair terbina dalam menjadikannya sesuai untuk gaming. Rekaan unik tanpa kamera bump dan skrin tanpa lubang kamera pula memberikan penggunaan tanpa gangguan kepada pengguna.

Pengekalan audio jack pula menawarkan pengalaman permainan yang imersif. Namun, mungkin tidak menepati cita rasa segelintir pengguna kerana rekaannya yang agak boxy.

POCO F8 Ultra

POCO F8 Ultra

Ini merupakan flagship paling murah pada tahun ini. Ia hadir dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 serta skrin AMOLED. Prestasi audio dan pembesar suara telefon pintar ini boleh dikatakan yang terbaik kerana kolaborasinya dengan BOSE dan rekaannya yang didatangkan dengan subwufer. Ciri unik untuk telefon ini adalah pilihan warna Denim Blue yang menarik.

HONOR Magic8 Pro

Telefon ‘Flagship’ Terbaik Untuk Tahun 2025

Telefon pintar ini hadir dengan spesifikasi flagship dan ketahanan IP68, IP69 dan IP69K. HONOR Magic8 Pro ini juga mempunyai talian yang stabil. Mahupun begitu, prestasi kameranya tidak cukup setanding vivo dan OPPO. Namun, ia masih lagi sebuah telefon yang berbaloi untuk dibeli.

Jika anda berminat, semua telefon di dalam senarai ini boleh didapatkan di Laman Beli dengan memasukkan nama telefon di ruang carian.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • 5 Telefon Bateri Besar 2025
  • vivo X300 Pro Atau vivo X300? Ini Perbezaannya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY