Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Teknologi Wi-Fi 6 Secara Rasminya Diumumkan Oleh Wi-Fi Alliance

Teknologi Wi-Fi 6 Secara Rasminya Diumumkan Oleh Wi-Fi Alliance

Diterbitkan September 17, 2019 oleh ariff bukhari

Wi-Fi 6 menjanjikan sokongan rangkaian lebih luas dan prestasi yang lebih baik.

Wi-Fi Alliance pada awal hari ini telah mengumumkan pelancaran piawaian terbaru bagi teknologi sambungan tanpa wayar, Wi-Fi 6. Dari pengumuman ini, dijangkakan pelbagai peranti pintar yang akan tiba pada lewat tahun ini dan tahun hadapan sebahagian besarnya bakal menyokong rangkaian Wi-Fi 6 (802.11ax) ini.

Galaxy Note 10
Galaxy Note10 adalah telefon pintar pertama yang menyokong teknologi Wi-Fi 6. Selain Samsung, barisan model terbaru iPhone 11 yang baru diperkenalkan juga turut menykong teknologi tanpa wayar baru ini.

Wi-Fi 6 yang didakwa mampu menampung kapasiti rangkaian sehingga 4 kali lebih baik berbanding versi sebelumnya menjanjikan evolusi terhadap teknologi tanpa wayar di mana ia akan memberikan liputan rangkaian yang jauh lebih luas serta peningkatan prestasi yang lebih baik.

Ia sekaligus memberikan manfaat khususnya aplikasi di lokasi-lokasi besar seperti institusi pendidikan,  lapangan terbang, pejabat dan sebagainya.

Malah ia juga dikatakan mampu memberikan penjimatan bateri untuk peranti-peranti yang menyokong piawaian baru ini.

Setakat ini, pembangun industri dalam pelbagai bidang teknologi seperti Broadcom, AT&T, Cisco, Intel Corp, Qualcomm Technologies, Samsung Electronics, TP-Link dan Xiaomi Corporation sudah sedia menyokong Wi-Fi 6.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY