Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
LiDAR iPhone 2021

Teknologi LiDAR Mungkin Disertakan Pada Semua Model iPhone 13

Diterbitkan Januari 5, 2021 oleh Amalina Athman

Pada pelancaran iPhone 12, Apple telah mengumumkan teknologi LiDAR untuk iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max. Terbaru, Apple kini dilaporkan bakal memperluaskan teknologi pengimbas LiDAR untuk semua model iPhone 13 pada tahun ini.

Sebagai tambahan, laporan turut menyatakan Apple telah menandatangani perjanjian dengan Sony bagi memastikan pengimbas LiDAR dengan teknologi baharu akan digunakan pada iPhone sekurang-kurangnya pada tahun 2023. Menurut laporan,

“Sony, in the supply chain for Apple devices, reportedly has signed a three-year contract with Apple to offer a new-generation near infrared (NIR) CIS with a single photon avalanche diode (SPAD) array for dToF LiDAR scanner, indicating that Apple will adopt the scanner in iPhones and other devices through at least 2023, the sources said.”

Mengimbas mengenainya, LiDAR merupakan teknologi mengukur jarak melalui cahaya ke objek sehingga 5 meter, yang pertama kali diperkenalkan pada iPad Pro 2020. Menerusi teknologi LiDAR, ia bukan sahaja boleh meningkatkan lagi pengalaman realiti terimbuh (AR), malah mempunyai keupayaan untuk mengukur ketinggian manusia dengan serta-merta.

Tidak mengejutkan jika teknologi ini bakal diperkenalkan pada semua model iPhone yang akan dilancarkan pada tahun ini. Ia berikutan, Apple kebiasaannya akan memperkenalkan ciri atau spesifikasi baru pada peranti paling mahal terlebih dahulu sebelum menawarkannya ke peranti yang lebih murah pada tahun berikutnya.

Sebagai contoh, paparan OLED hanya ditawarkan untuk iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max, manakala iPhone 11 hanya menggunakan panel LCD. Apple kemudian menawarkan paparan OLED untuk semua model iPhone 12.

Sumber: 9to5Mac, MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Mohon Paten AI Yang Boleh Ubah Ucapan Dan Gerak Bibir Dalam Video 'Live'
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
©2026 WISER.MY