Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Serangan Ransomware Di Asia Tenggara Menunjukkan Penurunan

 Pusat Data Indonesia Alami Serangan Siber, Penggodam Minta ~RM37.7 Juta

Diterbitkan Jun 25, 2024 · Dikemas kini Jun 25, 2024 oleh ariff bukhari

Seorang penyerang siber telah menjejaskan pusat data nasional Indonesia sehingga mengakibatkan gangguan ke atas beberapa perkhidmatan kerajaan, terutamanya di lapangan terbang melibatkan sistem pemeriksaan imigresen, minggu lalu.

Penggodam itu telah meminta wang tebusan berjumlah $8 juta (RM37.7 juta), kata menteri komunikasi negara itu kepada Reuters.

Menterinya, Budi Arie Setiadi berkata, penyerang menggunakan varian baharu perisian hasad sedia ada yang dipanggil Lockbit 3.0, tanpa memberikan butiran lanjut.

Kumpulan jenayah siber Lockbit terkenal kerana menggunakan perisian berniat jahat yang dipanggil ransomware untuk memeras mangsa secara digital.

“Kami kini memberi tumpuan untuk memulihkan perkhidmatan pusat data negara yang terjejas seperti imigresen,” kata Budi.

Dia tidak menyatakan sama ada sebarang wang tebusan telah dibayar. Perisian tebusan berfungsi dengan menyulitkan data mangsa.

Penggodam boleh menawarkan kunci pembuka sebagai balasan pembayaran, biasanya dibuat dalam mata wang kripto, yang boleh mencecah ratusan ribu atau bahkan berjuta-juta dolar.

Jika mangsa menentang, penggodam kemudian boleh mengancam untuk membocorkan atau memadam data sulit dalam usaha untuk menekan individu atau organisasi.

Semuel Abrijani Pangerapan, seorang pegawai di kementerian komunikasi Indonesia berkata, forensik digital untuk siasatan sedang dijalankan dan butiran lanjut masih belum ditemui.

Serangan itu adalah yang terbaru dalam siri serangan siber yang melanda syarikat dan agensi kerajaan Indonesia sejak beberapa tahun lalu.

Pada 2022, bank pusat Indonesia telah diserang oleh perisian tebusan tetapi berkata serangan itu tidak menjejaskan perkhidmatan awamnya.

Pada tahun 2021, kecacatan dalam aplikasi COVID kementerian kesihatan negara tersebut mendedahkan data peribadi dan status kesihatan 1.3 juta orang.

Pakar keselamatan siber, Teguh Aprianto berkata, serangan siber terbaharu itu adalah “teruk” dan yang pertama menyebabkan gangguan selama beberapa hari kepada perkhidmatan awam Indonesia.

“Ia menunjukkan bahawa infrastruktur kerajaan, tenaga kerja yang mengendalikan ini dan vendor semuanya bermasalah”

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Perbankan CIMB Clicks, Aplikasi CIMB OCTO Akan Dilengkapi Ciri Keselamatan Baharu

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY