2 Angkasawan veteren NASA bernama Butch Wilmore (61) dan Sunita Williams (58) dari India mungkin terpaksa tinggal di angkasa untuk selama beberapa hari lagi selepas NASA telah menangguhkan lagi kepulangan Boeing Starliner ke Bumi dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Perkembangan ini berikutan keputusan agensi angkasa AS (NASA) mengambil lebih banyak masa untuk mengkaji semula isu teknikal kapal angkasa itu.
Boeing telah melancarkan angkasawan ke ISS untuk NASA pada 5 Jun 2024 lalu dari tapak pelancaran Cape Canavara.
Ia adalah penerbangan pertama kapsul Boeing Starliner dengan kru di atas kapal yang membawa sepasang juruterbang NASA itu yang memeriksa kapal angkasa semasa pandu uji dan tinggal selama seminggu di ISS.
Walaubagaimanapun, Boeing Starliner yang berjaya dilancarkan itu telah berdepan isu sepanjang 25 jam penerbangannya ke ISS selepas jurutera mengenal pasti sebanyak 5 gas helium dalam pendorong sistem kapal angkasa itu mengalami kebocoran.
Sekaligus menjejaskan integriti operasinya untuk membawa pulang angkasawan tersebut.
“Kami mengambil masa dan mengikuti proses standard misi pasukan pengurusan kami,” Steve Stich, pengurus program krew komersial NASA.
Beliau menambah,
“Starliner berprestasi baik di orbit semasa berlabuh ke stesen angkasa,”
Mereka pada asalnya dijadualkan untuk pulang ke Bumi pada 13 Jun lalu.
Tetapi kini, NASA tidak memberikan sebarang tarikh baharu untuk penerbangan balik kapal angkasa itu untuk membawa pulang 2 angkasawan tersebut.

Isu dan ujian tambahan yang dijalankan oleh NASA dan Boeing menimbulkan pertanyaan bilakah krew Starliner akan dapat melakukan perjalanan pulang ke Bumi.
Pendorong telah dihidupkan pada 15 Jun lalu dengan jurutera telah mengenal pasti sebahagian besar isu telah berjaya ditangani.
Walaubagaimanapun, ekoran had bahan bakar yang tinggal, Starliner kini hanya boleh mampu tinggal di dok ISS untuk selama 45 hari sahaja serta tahap bahan bakar yang selamat untuk ia kembali ke Bumi.
Jika dikira dari tempoh keberadaannya di orbit Bumi, ia sudah melebihi 18 hari menjadikannya kurang sebulan sahaja lagi bahan bakar yang tinggal untuk membolehkannya pulang ke Bumi dengan selamat.
Menurut Reuters, Boeing telah membelanjakan $1.5 bilion dalam lebihan kos melebihi kontrak pembangunan NASA bernilai $4.5 bilion.
NASA mahu Boeing Starliner menjadi kapal angkasa kedua A.S. yang mampu membawa angkasawan ke ISS, di samping SpaceX’s Crew Dragon, yang telah menjadi pengangkutan utamanya sejak 2020.
{suggest}
Sumber: Reuters, The Economic Times, Business Today, Newsweek, NASA