Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
OPPO Launch

Tarikh Pelancaran OPPO Find X3 Pro Untuk Pasaran Malaysia Kini Diumumkan

Diterbitkan Mac 18, 2021 · Dikemas kini Mac 18, 2021 oleh Amalina Athman

Pada minggu lepas, OPPO secara rasmi telah melancarkan Find X3 Pro untuk pasaran global. Sebagai peranti dalam siri Find X, ia merupakan antara yang terbaik dalam keluarga OPPO.

Terbaru, OPPO Malaysia kini mengumumkan Find X3 Pro akan dilancarkan untuk pasaran tempatan pada 25 Mac 2021.

OPPO Find X3 Pro Malaysia

Mengimbau kembali spesifikasi, Find X3 Pro hadir dengan janaan cip pemproses Snapdragon 888. Ia dilengkapi skrin bersaiz 6.7-inci beresolusi QHD+ dengan sokongan kadar segar semula adaptif sehingga 120Hz, HDR10+ serta kecerahan maksimum 1300 nits.

Peranti ini dimuatkan sistem kuad kamera dengan 50MP utama, 50MP ultra-lebar, 3MP mikroskop dan 13MP telefoto.

Antara lainnya adalah bateri berkapasiti 4500mAh dengan pengecasan pantas 65W, sokongan Wi-Fi 6, NFC, IP68 dan sebagainya.

Untuk mengetahui harga jualan serta lain-lain penawaran, nantikan acara yang akan diadakan melalui penstriman langsung pada 25 Mac 2021, jam 4.00 petang.

Sumber: OPPO Malaysia

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY