Find X3 Pro Dilancar, Ini Spesifikasi Penuh

Siri Find X adalah merupakan barisan telefon andalan dan antara yang terbaik dalam 'keluarga' OPPO. Kini, Find X3 Pro secara rasmi membuat penampilan global.

Sesuai dengan nama yang dibawa, versi Pro hadir dengan spesifikasi yang terbaik buat peminat-peminatnya.

Sebelum kita bercakap tentang spesifikasi dalaman, Find X3 Pro pada kali ini membawakan satu keunikan dalam arena telefon pintar iaitu dilengkapi paparan dengan format warna 10-bit DCI-P3.

Ia mempunyai keupayaan untuk mengambil, menyimpan dan memaparkan warna dalam bentuk 10-bit yang mana ketepatan warna dihasilkan lebih menyerlah.



Berkait dengan paparan Find X3 Pro tampil dengan skrin melengkung berukuran 6.7 inci beresolusi QHD+. Ia juga menyokong kadar penyegaran 120Hz, HDR10+ serta kecerahan sehingga 1300 nits.

Sistem kamera belakang, Find X3 mempunyai tetapan kuad-kamera dimana 50MP utama, 50MP ultra-lebar, 3MP Mikroskop dan 13MP telefoto. Kedua-dua kamera utama menggunakan sensor Sony IMX 766. Manakala hadapan adalah 32MP.



Lagi dengan kamera, telefon ini juga berkeupayaan mengambil gambar format RAW+ iaitu lebih baik berbanding pada Find X2. Turut mampu merakam video 4K HDR dengan warna 10-bit.

Selesai dengan kamera, tidak lengkap tanpa perkakas didalam. Find X3 Pro dikuasakan cip Snapdragon 888, GPU Adreno 660 yang dipadankan RAM 12GB serta storan 256GB.

Bateri yang dimuatkan adalah 4500mAh dengan pengecasan pantas 65W berwayar, 30W tanpa wayar dan 10W berbalik. Menariknya, palam pengecas 65W masih disertakan di dalam kotak.

Tambahan lagi, Find X3 Pro turut menyokong dwi-SIM 5G, WiFi 6, NFC, penarafan IP68 kalis debu serta air. Ia juga menjalankan sistem operasi ColorOS 11.2 yang berasaskan Android 11.



Harga jualan bagi Find X3 Pro adalah €1149 (~RM5647) buat pasaran eropah dan mula dijual pada 30Mac ini. Model ini ditawarkan dua pilihan warna iaitu Glossy Black dan Matte Blue.

Kami menjangkakan telefon ini bakal tiba buat pasaran tempatan tidak lama lagi kerana jika dilihat tahun lalu, OPPO tidak perlu menunggu lama bagi membawa masuk siri Find X2.

Walau bagaimanapun, untuk yang ternanti-nanti siri Find X3 lain seperti ura-ura sebelum ini, mungkin kita perlu menunggu pengumuman rasmi dari OPPO.