Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
tandatangan digital

Tandatangan Digital Bakal Diaplikasikan Dalam Industri Kesihatan

Diterbitkan Disember 4, 2022 · Dikemas kini Disember 4, 2022 oleh ariff bukhari

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini dalam usaha mengaplikasikan teknologi tandatangan digital dalam bidang penjagaan kesihatan digital di Malaysia.

Untuk itu, satu Sesi Meja Bulat bagi membincangkan pembangunan dan pelaksanaan teknologi tersebut telah diadakan dengan kerjasama Makmal Kawal Selia Perkhidmatan Kesihatan Dalam Talian (OHS RegLab) di bawah Kementerian Kesihatan (KKM).

Tandatangan Digital Bakal Diaplikasikan Dalam Industri Kesihatan

Sesi ini bertujuan mempertingkatkan pemahaman mengenai penggunaan tandatangan digital, terutamanya di dalam bidang penjagaan kesihatan digital.

Selain itu, perkara lain yang turut di adalah bincangkan tentang kepentingan mewujudkan garis panduan terhadap penggunaan tandatangan digital dalam kalangan pengguna industri penjagaan kesihatan digital serta penilaian keperluan kawalselia lain di bawah KKM.

Berkaitan

  • Fahmi Fadzil Dilantik Sebagai Menteri Komunikasi Digital
  • Pelanggan Unifi Mobile Bakal Nikmati Data 5G Percuma Tanpa Had Dan Berpeluang Terima Rebat RM50

MCMC berkata, mereka sebagai pengawalselia di bawah Akta Tandatangan Digital 1997 (ATD 1997), menyambut baik usaha yang diambil oleh OHS RegLab dalam mempertingkatkan tahap kebolehpercayaan pelbagai perkhidmatan di dalam bidang penjagaan digital dengan menggunakan tandatangan digital ini.

Tandatangan digital adalah tandatangan elektronik yang digunakan untuk mengesahkan identiti penghantar/penandatangan sesuatu mesej dan digunakan bagi memastikan sesuatu maklumat adalah betul dan sah di dalam transaksi elektronik.

Malaysia mula menguatkuasakan Akta Tandatangan Digital 1997 (“ATD 1997”) pada 1 Oktober 1998 lagi dengan tujuan mengawalselia penggunaan tandatangan digital di Malaysia, menjamin keselamatan mengenai isu undang-undang yang berkaitan transaksi elektronik, dan mengesahkan penggunaan tandatangan digital melalui sijil perakuan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pemerakuan (PBP) berlesen.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY