Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
unifi mobile

Pelanggan Unifi Mobile Bakal Nikmati Data 5G Percuma Tanpa Had Dan Berpeluang Terima Rebat RM50

Diterbitkan Disember 4, 2022 · Dikemas kini Disember 4, 2022 oleh ariff bukhari

Bersempena dengan pencapaian pelanggan mencecah 3 juta pelanggan, Unifi TV telah melancarkan Extraordinary Tour di Gurney Plaza Mall, Pulau Pinang, baru-baru ini yang  membawa pengalaman interaktif menarik kepada komuniti di Wilayah Utara. 

“Bersama-sama rakan usahasama kandungan kami, kami berbesar hati melancarkan acara ini di  Pulau Pinang dan bertemu dengan para pelanggan di wilayah Utara – di mana kami berharap  dapat menawarkan jalur lebar tetap, perkhidmatan mudah alih dan kandungan hiburan kepada  lebih ramai rakyat Malaysia,” Anand Vijayan, Ketua Pegawai Komersial TM dan Naib Presiden Eksekutif, Unifi. 

Berkaitan

  • Celcom Digi Selesai Gabung, Jadi ‘Telco’ Terbesar Malaysia

Pelanggan Unifi kini sedang nikmati tontonan percuma semua 72 saluran Unifi TV, diskaun sehingga  50% untuk filem-filem pay-per-view Unifi TV, dan percubaan percuma aplikasi penstriman Unifi TV dari 1 Disember hingga 1 Januari 2023. 

Selain itu Unifi juga memaklumkan, mereka akan menawarkan data 5G percuma kepada semua pelanggan pelan tanpa had Unifi Mobile.

Malah Unifi juga menjanjikan rebat berjumlah RM50 sekiranya baik pulih perkhidmatan jalur lebar Unifi gagal diselesaikan dalam tempoh 24 jam.

Sumber: Media Unifi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Binance Dedah Tawaran Temu Duga Kerja Palsu Antara Helah Penggodam Dalam Kecurian Aset Kripto AS$6.34 Bilion
  • 'Pre-Load' GTA 6 Bermula 10 November - Pemain Perlu Sediakan Ruang Sehingga 212GB
  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
©2026 WISER.MY