Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tandas Pintar Ini Merakam Gambar Punggung Dan Menganalisis Najis Penggunanya

Tandas Pintar Ini Merakam Gambar Punggung Dan Menganalisis Najis Penggunanya

Diterbitkan April 10, 2020 ยท Dikemas kini April 10, 2020 oleh ariff bukhari

Bertujuan mengesan penyakit dari peringkat awal.

Tandas biasa mungkin “boring” bagi anda. Tetapi bagaimana jika tandas tersebut mampu mengenali punggung dan turut menganalisis najis anda?

Ini yang dilakukan oleh sekumpulan saintis dari Universiti Standford yang menjalankan eksperimen tandas dengan ciri pintar.

Ciri pintar yang dimaksudkan di sini adalah tandas itu akan mengambil gambar atau video punggung pengguna dan seterusnya menganalisis najis atau air kencing yang dibuang mereka.

Ia dengan tujuan bagi mengesan penyakit yang ada terhadap penggunanya dari peringkat awal seperti barah, diabetes atau kegagalan fungsi buah pinggang.

“The smart toilet is the perfect way to harness a source of data that’s typically ignored, and the user doesn’t have to do anything differently.” Sanjiv Gambhir, Ketua penyelidik eksperimen tersebut.

Tandas Pintar Ini Merakam Gambar Punggung Dan Menganalisis Najis Penggunanya
Kredit: SANJIV SAM GAMBHIR/STANFORD/NATURE

Pada dasarnya, ia hanyalah sebuah tandas duduk biasa sahaja. Tetapi saintis memasang tandas tersebut dengan peralatan teknologi khas bagi menganalisis data dari imej punggung dan najis pengguna.

Tandas Pintar Ini Merakam Gambar Punggung Dan Menganalisis Najis Penggunanya

Seramai 21 orang telah terlibat dalam kajian tersebut yang dijalankan dalam tempoh beberapa bulan.

Hasil penyelidikan tersebut yang bertajuk “A mountable toilet system for personalized health monitoring via the analysis of excreta” telah diterbitkan pada 6 April lalu dalam jurnal Nature Biomedical Engineering.

Sumber: Popular Mechanics

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY