Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aduan capaian internet

Talian Khidmat Pelanggan Dan Kaunter Aduan MCMC Digantung Buat Sementara Waktu

Diterbitkan Januari 11, 2021 oleh Amalina Athman

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) kini mengumumkan Talian Khidmat Pelanggan 1800 188 030 dan kaunter aduan di semua pejabat MCMC akan digantung buat sementara waktu bermula 11 Januari 2021.

Bagi mengutamakan keselamatan dan kesihatan pihak awam serta pekerja, MCMC menyatakan tindakan ini adalah sebagai langkah untuk berjaga-jaga berikutan penularan pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, aduan masih boleh disalurkan melalui portal aduan rasmi MCMC, e-mel serta WhatsApp di talian 016 – 220 6262 dengan waktu operasi Isnin hingga Jumaat, bermula 8.30 pagi hingga 5.30 petang.

Sementara itu, kedua-dua perkhidmatan berkenaan akan digantung sehingga ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Sumber: MCMC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY