Tak Mahu Ditipu Ketika Membeli Barangan Di Lazada? Kenal Pasti Beberapa Perkara Penting Berikut

Beli-belah pada zaman sekarang lebih mudah dengan wujudnya platform beli belah dalam talian seperti Lazada.

Tekan-tekan saja dan selepas itu pergilah bertapa didepan pintu rumah menunggu ketibaan barang yang dipesan. Tak perlu bersusah payah menapak dari satu kedai ke kedai yang lain. Mudah bukan?

Tetapi jangan pula anda ambil mudah kerana masih ada pihak diluar sana yang sanggup menyusahkan anda dengan barangan tiruan mereka.

Walaupun Lazada mempunyai sistem pelindungan untuk pengguna, namun masih terdapat kelemahan yang boleh dimanipulasi pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bagi anda yang tidak biasa membeli belah di Lazada, anda boleh mengenalpasti penipuan dengan beberapa cara.

1. Teliti harga barang yang hendak dibeli



Perkara yang paling penting adalah meneliti barangan sebelum dibeli. Seperti contoh barang tiruan yang paling kerap dilihat di Lazada adalah kad MikroSD.

Ada sesetengah pihak menawarkan kapasiti memori tinggi pada harga yang rendah seperti gambar dibawah.

Kad MikroSD berkapasiti 512GB hanya berharga RM 45? Gila. Kad MikroSD 400GB dari SanDisk pun sudah mencecah RM1499, inikan pula 512GB?

Untuk lebih selamat, semak dulu harga pasaran dan barulah beli di Lazada.

2. Salah ejaan dan jenama yang tidak jelas



Penipu tidak mengendahkan perkara asas seperti kesalahan tatabahasa dan jenama yang tidak dinyatakan dengan jelas.

Boleh perhatikan ejaan Class dieja dengan "Calsss". Tiada class langsung penipu yang tidak reti mengeja.

Peniaga yang jujur amat mementingkan perkara kecil seperti ejaan kerana itu memberikan imej yang baik bagi mereka.

Selain itu, penipu juga tidak menyatakan dengan jelas jenama produk tersebut. Mereka hanya menamakan produk dengan spesifikasi seperti "High Speed Class 10 MicroSD bla bla bla".

3. Janga buat bayaran diluar sistem Lazada

Setiap pembelian yang dibuat di Lazada akan akan dikawal selia oleh pihak Lazada dan sekiranya anda membuat pembayaran diluar sistem tiada jaminan dari Lazada.

Ambil contoh seperti pembeli dibawah, saudara Gurvin Abruzzi telah bereksperimentasi dengan membeli dua telefon pintar Pixel 2 XL pada harga RM1500 untuk satu unit. Terlampau murah untuk sebuah peranti flagship yang dipasarkan pada harga RM 4600. Pembayaran dibuat melalui Lazada.



Tidak lama selepas itu beliau mendapat e-mel daripada pihak Lazada menyatakan mereka tidak berjaya menghubungi penjual terbabit dan wang pembelian telah dikembalikan.



Ada juga taktik memperdaya mangsa dengan arahan supaya menghubungi penipu terlebih dahulu melalui WhatsApp. Dari situ penipu akan menyuruh pembeli membayar terus ke akaun tertentu tanpa melalui Lazada.

Kapsyen: Ini merupakan perkongsian screenshot dari Facebook Kongsi Info Online Shopping Offers (KIOSO).


Penipu cuba mengelak bayaran dari Lazada dan tiada khidmat COD, hanya penghantaran melalui pos sahaja. Jaga-jaga, anda mungkin membeli telefon pintar tetapi barang yang sampai mungkin lesung batu.

Disamping itu anda boleh membaca komen-komen yang diberikan oleh pembeli lain, jika banyak komen memaki hamun dan tidak puas hati, itu isyarat untuk anda jauhkan diri dari produk tersebut.

Jadi itulah serba sedikit perkara yang perlu anda teliti sebelum membuat sebarang pembelian di dalam platform Lazada.

Bagi yang masih was-was, anda boleh lihat dibahagian kanan terdapat informasi penjual dan apabila ia dinyatakan Official Store itu bermakna gedung rasmi penjual. Atau pergi terus ke bahagian Lazmall, dijamin 100% barangan tulen dari pengeluar.

Anda ada tips lain bagi mengelak dari jadi mangsa penipuan di Lazada? Boleh kongsikan diruangan komen.

Sumber: Nasi Lemak Tech, Kongsi Info Online Shopping Offers (KIOSO) dan Gurvin Abruzzi

Berkaitan