Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ps5 pro

Sony Perangi Scalper PlayStation 5 Pro, Kini Perlu Miliki Sekurang-Kurang 60 Jam Masa Bermain

Diterbitkan September 30, 2026 oleh ariff bukhari

Sebagai usaha berterusan memerangi scalper, Sony kini memperkenalkan sistem undian khas di Jepun untuk membolehkan gamer sebenar memiliki model konsol PlayStation 5 Pro.

Konsol generasi baharu ini hadir dengan storan SSD 2TB, teknologi ray tracing canggih, sokongan paparan 4K serta kadar bingkai tinggi untuk pengalaman gaming yang lebih imersif.

Harga rasmi PlayStation 5 Pro ditetapkan pada 137,980 yen (RM3,999) termasuk cukai di Jepun, lengkap dengan 1x pengawal DualSense, 1x kabel USB, 1x HDMI aksesori penegak, dan permainan ASTRO’s PLAYROOM yang telah dipra pasang.

Namun, pembelian konsol ini di Jepun tidak lagi semudah sebelum ini.

Ia selepas Sony menetapkan pemohon mesti mempunyai akaun Sony berdaftar di Jepun, menghubungkan My Sony ID, serta membuktikan sekurang-kurangnya memiliki 60 jam permainan di PS4 atau PS5 dalam tempoh dua tahun terakhir.

Jika jumlah permohonan melebihi stok, sistem undian akan menentukan pemenang.

Keputusan akan diumumkan mulai 26 Oktober 2026 melalui e-mel atau LINE, dan pemenang wajib menyelesaikan pembelian sebelum 2 November 2026 dengan setiap akaun hanya layak untuk satu unit sahaja, dan penjualan semula adalah dilarang.

Dengan syarat ketat ini, Sony jelas mahu memastikan konsol premium mereka benar-benar jatuh ke tangan gamers tulen, bukan scalper atau pelancong.

Berkaitan

  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli
  • Astro Lancar Saluran Pokémon Pertama Di Malaysia, Tayang Lebih 600 Episod
  • Set Lego Pertama Tema Dragonball Tampilkan Shenron Dan Goku Berharga RM599.90

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
  • HONOR Magic9 Pro Max Akan Dilancar Di Malaysia 24 November
  • Cara Aktifkan 'Emergency Contact' Pada iPhone Dan Android
©2026 WISER.MY