Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

5 Telefon Android Untuk ‘Gaming’ Berbaloi Buat Masa Sekarang

Posted on Oktober 13, 2023Oktober 24, 2023

Telefon pintar pada masa kini telah menjadi keperluan kepada masyarakat alaf moden. Masyarakat masa kini memerlukan telefon pintar sebagai medium untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

Namun, tahukah anda bahawa telefon pintar kini dijadikan sebagai platform bermain permainan mudah alih. Hal ini kerana, permainan mudah alih telah menjadi salah satu aplikasi utama yang pasti ada dalam setiap telefon pintar.

Oleh itu, saya ingin kongsikan lima telefon pintar yang mempunyai spesifikasi sesuai untuk gaming.

Kriteria dipilih meliputi cip pemprosesan, ketahanan bateri, tahap kelajuan pengecasan bateri dan kadar segar semula.

{snap}

Samsung Galaxy S23 Ultra 5G

Samsung Galaxy S23 Ultra 5G hadir dengan cip pemprosesan yang lebih berkualiti untuk bermain permainan mudah alih iaitu cip Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy.

Ia adalah cip yang terpantas dalam peranti Android masa kini. Turut mempunyai RAM sehingga 12GB, dan storan sehingga 1TB.

Selain itu, ia juga mempunyai kapasiti bateri sebesar 5000 mAh yang turut disokong dengan pengecasan pantas, 45W untuk pengecasan berwayar.

Akhir sekali, peranti pintar ini juga menggunakan skrin AMOLED yang mempunyai kadar segar semula yang agak tinggi iaitu sebanyak 120Hz.

Kadar segar semula adalah penting untuk diperhatikan supaya kualiti kandungan dan pergerakan antara bingkai kelihatan lebih lancar.

Klik untuk beli

{snap}

Asus ROG Phone 7 Ultimate

Asus ROG Phone 7 Ultimate menggunakan cip pemprosesan yang terkini, iaitu Snapdragon 8 Gen 2. Memori RAM sebesar 16GB, ROM 512GB dan storan jenis UFS 4.0.

Selain itu, peranti ini juga mempunyai kapasiti bateri sebesar 6000 mAh yang disokong dengan pengecasan pantas 65W.

Akhir sekali, peranti ini juga menggunakan skrin AMOLED yang mempunyai kadar segar semula setinggi 165Hz.

Dengan kadar segar semula setinggi ini, pasti akan memberikan pengalaman “gaming” yang mengujakan.

Klik untuk beli

{snap}

ZTE Nubia Red Magic 8s Pro

Peranti ini hadir dengan spesifikasi Snapdragon 8 Gen 2 memori RAM sehingga 16GB, dan storan sehingga 512GB.

Selain itu, peranti ini turut mempunyai kapasiti bateri sebesar 6000 mAh. Turut disokong dengan pengecasan pantas 65W berwayar.

Akhir sekali, peranti ini turut menggunakan skrin AMOLED dengan kadar segar semula 12oHz.

Klik untuk beli

{snap}

Xiaomi 13T Pro

Peranti ini berbeza sedikit dengan peranti di atas kerana ia menggunakan cip pemprosesan daripada MediaTek iaitu MediaTek Dimensity 9200+.

Memori RAM sehingga 16GB, storan sehingga 1TB dengan jenis storan UFS 4.0.

Selain itu, baterinya sebesar 5000 mAh yang disokong pengecasan pantas 120W berwayar.

Akhir sekali, peranti ini turut menggunakan skrin AMOLED dengan kadar segar semula setinggi 144Hz.

Walaupun telefon pintar ini adalah untuk kegunaan harian atau fotografi, namun dari segi spesifikasinya mampu untuk gaming.

Klik untuk beli

{snap}

Infinix GT 10 Pro

Infinix GT 10 Pro dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8050 5G, memori RAM LPDDR4X sebesar 8GB, ROM 256GB dan storan jenis UFS 3.1.

Selain itu, peranti ini turut memiliki kapasiti bateri sebesar 5000 mAh dan disokong pengecasan pantas 45W berwayar.

Akhir sekali, peranti ini turut menggunakan skrin AMOLED dengan kadar segar semula setinggi 120Hz.

Klik untuk beli

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress