Susulan isu politik yang sedang hangat antara China dan Taiwan.
Selepas aktor antarabangsa, Jackie Chan tidak dialu-alukan masuk ke Taiwan selepas komennya yang menyebelahi pihak China baru-baru ini, kini giliran telefon pintar keluaran China pula diberhentikan dari dieksport masuk ke dalam Taiwan.
Secara khususnya terhadap 3 model keluaran gergasi telefon pintar China, Huawei P30, P3O Pro dan Nova 5T sejak khamis minggu lalu.
Ia berikutan terpapar perkataan “Taiwan, China” pada tetapan zon masa dan hubungan pada peranti tersebut.
Penguatkuasaan sekatan terhadap 3 model telefon pintar Huawei itu akan diteruskan selagi pihak Huawei tidak melepaskan kemas kini bagi meperbetulkan isu paparan pada peranti tersebut.
Ketika ini, hubungan Taiwan dan China terjejas berikutan isu tuntutan Beijing ke atas sekumpulan pulau di wilayah dipertikaikan di Laut China Selatan yang dikenali sebagai ‘nine-dash line’.
Selain China, beberapa negara di Asia Tenggara, iaitu Vietnam, Malaysia, Filipina, Taiwan dan Brunei turut mengemukakan tuntutan terhadap wilayah terbabit, serta menjadi isu yang mencetuskan ketegangan berpanjangan di rantau berkenaan.
Sumber: Bloomberg, BHarian dan VNExpress
Berkaitan
- Huawei Dilaporkan Akan Terjun Ke Pasaran Kad Grafik Untuk Pelayan Komputer Dalam Tahun Ini
- Huawei Kekal Kuasai Pasaran Telefon Pintar Lipat 3 Tahun Berturut-Turut Di China
- Penyelidik Melaporkan Peralatan Telekomunikasi Huawei Adalah Yang Paling Kurang Selamat
- Sambar Huawei Mate 50 Pro Dengan Digi Serendah RM70/bulan
- Pentadbiran Trump Menyenarai Hitam Lagi 46 Buah Syarikat Sekutu Huawei
- (Ulasan) Huawei MateBook D15, Prestasi Sederhana Harga Marhaen
- Huawei Melancarkan Papan Kekunci Peranti Pintar Mereka Sendiri Yang Dinamakan Celia
- HUAWEI Melancarkan nova 8i Bersama Barisan Tablet, Monitor, Jam Pintar Dan Fon Telinga Terbaru Hari Ini
- Huawei Mengumumkan 2 Juta Unit Telefon Pintar Nova 5 Telah Terjual
- Huawei Dianugerahkan 'EISA Best Smartphone' Buat Kali Kedua Tahun Ini