Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tahniah Ejen Ali Kerana Disenarai Pendek Untuk Anugerah Antarabangsa

Tahniah Ejen Ali Kerana Disenarai Pendek Untuk Anugerah Antarabangsa

Diterbitkan Julai 19, 2020 oleh ariff bukhari

Filem terbitan Primeworks Studios dan WAU Animation ‘Ejen Ali The Movie‘ telah terpilih untuk disenarai masuk ke dalam 16 karya yang bakal bertanding untuk kategori Filem Animasi Terbaik Festival Filem Cartoons on the Bay Anugerah Pulcinella ke-24.

Festival itu dijadualkan berlangsung di Pescara, Itali dari 3 hingga 5 Disember 2020.

Ia dimaklumkan dalam satu kenyataan di laman rasmi Facebook Ejen Ali

“Kami berbesar hati untuk mengumumkan pencalonan Ejen Ali The Movie untuk Anugerah Filem Animasi Terbaik di festival Cartoons on the Bay – Pulcinella Awards 2020, di Pescara, Itali!

Bermula 3 hingga 5 Disember ini, kami berasa bangga kerana diberi peluang untuk bertanding di kalangan 15 filem animasi terbaik dari serata dunia!”

Pada hari yang sama juga, Ejen Ali mengumumkan bahawa Filem Ejen Ali The Movie dipilih sebagai wakil Pilihan Rasmi – Malaysia untuk dibawa ke Festival Filem ASEAN 2020 yang akan berlangsung di Vietnam.

Tahniah Ejen Ali Kerana Disenarai Pendek Untuk Anugerah Antarabangsa

Tahniah Ejen!

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih 1.3 Juta Set-Top Box Dijangkiti Malware, Google Sekat Salah Satu Pengeluar Peranti Android
  • Serangan Siber Ganggu Sistem Penyejukan Pasar Raya Di Sembilan Negara Eropah
  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
©2026 WISER.MY