Google kini memperkenalkan beberapa ciri baharu untuk memberikan pengguna lebih banyak kawalan terhadap kandungan yang muncul dalam Search, Discover dan Google News. Antara perubahan utama ialah butang interaktif “Preferred Sources” yang boleh dimasukkan oleh penerbit secara terus pada laman web mereka. Apabila pembaca menekan butang berkenaan, laman tersebut akan ditambah sebagai sumber pilihan di Google…
Tag: google search
Google Perkenal ‘Search Profiles’ Untuk Pencipta Kandungan
Google kini memperkenalkan Search Profiles, satu ciri baharu yang membolehkan pencipta kandungan membina halaman profil khusus di Google Search dan menyatukan jejak digital mereka. Melalui Search Profiles, pengguna boleh melihat maklumat seperti biografi, akaun media sosial, laman web, pautan dan kandungan yang dihasilkan daripada sesuatu penerbit atau pencipta kandungan dalam satu halaman khusus. Google berkata…
Cadangan DOJ Mungkin Boleh Jadi ‘Penamat’ Untuk Google Search, Ini Sebabnya
CEO Google Sundar Pichai, dalam keterangan baru-baru ini berkata langkah ‘pemulihan’ yang dicadangkan oleh Jabatan Kehakiman AS (DOJ) secara asasnya berpotensi membawa kepada ‘penamat’ bagi Google Search. Sebagai rujukan, DOJ sebelum ini mencadangkan Google melepaskan pemilikan pelayar Chrome, menghentikan perjanjian enjin carian seperti yang dimeterai dengan Apple dan berkongsi “bahagian kritikal” data carian dengan pesaing…
Paparan Tukaran MYR Secara Terus Kini Kembali Tersedia Di Google
Google kini kembali memaparkan kadar tukaran mata wang ringgit Malaysia (MYR) secara terus melalui hasil carian utama di Google Search. Untuk rekod, fungsi ini telah dihentikan sekitar setahun lalu, di mana paparan kadar tukaran MYR yang dijana oleh Google Finance tidak lagi tersedia. Sebaliknya, pengguna hanya diberikan pautan ke laman web pihak ketiga seperti Forbes,…
Ini Senarai Carian Paling ‘Trending’ Di Google Malaysia Pada 2024
Menjelang penghujung tahun 2024, Google kini mengeluarkan laporan Year In Search dengan senarai topik yang menarik perhatian rakyat Malaysia untuk sepanjang tahun ini. Secara keseluruhan, UEFA Euro 2024 menjadi carian paling trending atau sohor di Google Search Malaysia pada tahun ini. Ia kemudian diikuti Sumbangan Tunai Rahmah 2024, Pangkalan Data Utama (PADU), AFC Asian Cup dan…
Google Search Tambah Pautan Wayback Machine Dalam Hasil Carian
Google Search kini menambah pautan ke Wayback Machine, membolehkan pengguna mengakses versi laman web yang diarkibkan secara terus melalui hasil carian di platform itu. Untuk mengakses ciri ini, hanya lakukan carian seperti biasa di Google. Di sebelah setiap hasil carian, pengguna akan melihat tiga titik – klik pada ini akan memaparkan “About the source”. Pilih…
