Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Year In Search Google 2024

Ini Senarai Carian Paling ‘Trending’ Di Google Malaysia Pada 2024

Diterbitkan Disember 10, 2024 · Dikemas kini Disember 10, 2024 oleh Amalina Athman

Menjelang penghujung tahun 2024, Google kini mengeluarkan laporan Year In Search dengan senarai topik yang menarik perhatian rakyat Malaysia untuk sepanjang tahun ini.

Secara keseluruhan, UEFA Euro 2024 menjadi carian paling trending atau sohor di Google Search Malaysia pada tahun ini. Ia kemudian diikuti Sumbangan Tunai Rahmah 2024, Pangkalan Data Utama (PADU), AFC Asian Cup dan Olympics 2024.

Top Trending Searches for Malaysia (Top 10)

Selain itu, Google turut menyenaraikan carian paling sohor mengikut kategori – terdiri daripada kecerdasan buatan (AI), berita, sukan, individu, rancangan TV, filem dan pemergian. Berikut merupakan senarai paling sohor mengikut kategori:

  • AI – Character AI
  • Berita – Sumbangan Tunai Rahmah 2024 
  • Sukan – UEFA Euro 2024 
  • Individu – Ruhainies 
  • Rancangan TV – Queen of Tears
  • Filem – Inside Out 2
  • Pemergian – Liam Payne

Bagi mengetahui senarai penuh 10 carian paling sohor di Google Search Malaysia untuk setiap kategori, rujuk gambar di bawah.

Top Trending Searches for AI (Top 10)
Top Trending Searches for News (Top 10)
Top Trending Searches for Sports (Top 10)
Top Trending Searches for People (Top 10)
Top Trending Searches for TV Shows (Top 10)
Top Trending Searches for Movies (Top 10)
Top Trending Searches for Passing (Top 10)

Selain trend carian di Malaysia, alat carian Google juga memberikan gambaran tentang topik-topik yang menjadi perhatian dunia sepanjang tahun 2024.

Layari laman trend global bagi mengetahui Year In Search Google 2024 serta carta trending teratas dari seluruh dunia.

Berkaitan

  • Ini 7 Naik Taraf Baharu Pada HONOR X9c 5G Tapi Harga Masih Sama Macam Dulu
  • Ini 9 Permainan Android Terbaik Diiktiraf Google Play Untuk Tahun 2024
  • Ini 10 Aplikasi Terbaik 2024 Diiktiraf Google Play Store
  • Google Kini Memperkenalkan Ciri Baharu Dalam Carian Web

Sumber: Siaran Media Google

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY