Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tabung Haji_1

Tabung Haji: Hati-Hati Mesej Palsu Berkaitan Rayuan Haji, Permohonan Belum Dibuka

Diterbitkan Disember 14, 2022 ยท Dikemas kini Disember 14, 2022 oleh Amalina Athman

Lembaga Tabung Haji kini memaklumkan pendeposit TH diminta untuk mengabaikan mesej palsu berkaitan rayuan haji yang disiarkan di WhatsApp sejak beberapa hari lalu.

Berkaitan

  • Cara Buka Akaun Tabung Haji Untuk Anak, Dapat Keutamaan Layanan
  • Tabung Haji: Hati-Hati Penipuan Urusan Haji Melalui Panggilan Telefon

Tabung Haji menegaskan pihaknya tidak pernah melantik mana-mana individu atau pihak ketiga untuk menawarkan sebarang bantuan dana bagi permohonan rayuan Musim Haji 1444H/2023M melalui panggilan atau pesanan ringkas.

Sebagai tambahan, Tabung Haji turut menjelaskan permohonan rayuan haji bagi tahun 1444H/2023M masih belum dibuka dan tarikh permohonan bagi tujuan itu juga masih belum ditetapkan.

Tabung Haji_

Berikutan itu, pendeposit TH dinasihati untuk sentiasa berwaspada dengan panggilan atau pesanan ringkas daripada nombor tidak dikenali, yang meminta maklumat peribadi seperti nombor akaun TH dan nombor kad pengenalan.

Jika terdapat sebarang aduan atau pertanyaan lanjut, pengguna boleh menghubungi pihak Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919.

Gambar utama: Utusan

Sumber: Tabung Haji

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY